Page 11 - Demo
P. 11

JUMAAT | 25 Jun 2021 | 14 Zulkaedah 1442H
Covid-19
11
Sarawak ketiga tertinggi
K HING: Sarawak terus merekodkan angka positif Covid-19 yang tinggi dengan 581 kes baharu dilaporkan semalam.
Sarawak antara tiga negeri di Malaysia yang mencatatkan kes harian tertinggi selepas Selangor dengan 2,072 kes dan diikuti Negeri Sembilan sebanyak 781 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia menjadikan sejumlah 62,147 kes positif dicatatkan di negeri ini, manakala kes kematian kekal 392.
“Sibu melaporkan kes tertinggi iaitu 85, diikuti Sri Aman (63), Kuching (58), Tatau (49), Bintulu (46), Miri (39), Saratok (26), Meradong (24), Mukah (20), Asajaya (20) dan Kanowit (19).
“Sementara 17 kes di Tebedu, Lundu (16), Kapit (16), Samarahan (13), Sarikei (11), Matu (10), Bau (8), Telang Usan (7), Song (7), Kabong (5), Julau (4), Sebauh (3), Serian (3), Marudi (3), Bukit Mabong (3),
Betong (2), Simunjan (1), Selangau (1) Subis (1) dan Dalat (1),” kata JPBN dalam kenyataan, semalam.
Menurut JPBN, daripada keseluruhan kes, sebanyak 505 daripadanya ialah individu yang diberikan arahan perintah kuarantin dan hanya 50 orang mempunyai gejala jangkitan.
“Dalam pada itu, sebanyak 455 kes sudah pulih menjadikan sebanyak 51,224 atau 82.42 peratus individu di negeri ini sudah sembuh.
“Manakala, 581 PUI baharu dilaporkan dan tiada yang menunggu keputusan ujian makmal,” kata JPBN.
Dalam perkembangan berkaitan, empat lagi lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk tempoh 23 Jun hingga 8 Julai depan.
“Tiga daripadanya di Bintulu iaitu Kuarters Sri Minah Timber, Rumah Sewa Beverly Hills dan
Kuarters Union Engineering Bintulu (Signa Jaya), manakala satu lagi di Kampung Sadong Jaya Laut, Asajaya (25 Jun hingga 8 Julai),” ujar JPBN.
Mengulas lanjut, JPBN berkata, PKPD di lapan kawasan ditamatkan pada 23, 24 dan 26 Jun.
“Ditamatkan pada 23 Jun
ialah di Kampung Baru, Kota Samarahan; Rumah Demong Li, Batu 8, Jalan Maskat Labang, Sebauh; Rumah Chali Ugok, Batu 17, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu; Blok D,G,H,I,O dan Q PPR Bandaria Park, Bintulu dan Kuarters Pekerja Kem Gabong Trading Sdn Bhd, Tatau.
“Manakala PKPD di Kampung Kolong 2, Kuching dan Rumah Jarop, Changkol, Lubok Antu ditamatkan pada 24 Jun, sementara 26 Jun di Rumah Mambang, Nanga Lingah, Julau,” tambahnya.
Tukar lokasi elak penularan kes
B
suarasarawak.news@gmail.com
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang memberitahu program pemvaksinan yang sepatutnya diadakan di Dewan Serbaguna Nanga Tada dibatalkan.
Ketika dihubungi semalam, Ahli Parlimen Kanowit itu menjelaskan program itu hanya melibatkan pertukaran tempat yang dipindahkan ke Bawan dengan masih mengekalkan tarikhnya iaitu 25 Jun.
Menurut beliau, ini untuk mengelakkan sebarang penularan dengan kemunculan Kluster Nanga Tada yang diumumkan pada Rabu.
Katanya, program vaksinasi itu disasarkan untuk penduduk rumah panjang di Nanga Tada dan kawasan di sepanjang Jalan Nibong/Tada iaitu Bawan, Pedai, Tuah, Jih, Dap dan Sungai Bob.
“Pihak berkuasa telah memutuskan untuk menangguhkan vaksinasi bagi penduduk rumah panjang
di Nanga Tada susulan telah mencatatkan jumlah kes Covid-19 yang tinggi.
“Program akan tetap diteruskan seperti yang dijadualkan di tempat baharu di Bawan untuk penduduk rumah panjang dari Semaram, Mapai, Woh, Bawan, Pedai, Tuah, Jih dan Dap,” ujarnya.
Aaron berkata, penangguhan program vaksinasi untuk penduduk Nanga Tada akan
membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan pengesanan kes secara aktif (ACD) di kawasan tersebut.
Kluster Nanga Tada berpunca daripada upacara miring sebelum Gawai Dayak pada
31 Mei yang diumumkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).
Kluster ini melibatkan tiga rumah panjang di penempatan semula dengan 107 individu disahkan positif setakat ini.
Jangkitan pada kluster ini juga menjangkiti generasi kedua, kata JPBNS.
Sementara itu, Aaron mengatakan tentera akan membantu program vaksinasi bagi penduduk rumah panjang di Skim Penempatan Semula Nanga Jagau.
Beliau juga memberitahu semua penduduk rumah panjang di Machan dan Nanga Ngungun telah mendapatkan dos pertama mereka.
“Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Kanowit melakukan vaksinasi setiap hari kepada semua orang di sekitar bandar Kanowit dan rumah panjang di sekitarnya.
“KKM telah bekerja keras untuk memastikan mereka yang layak mendapat vaksinasi tidak akan tercicir,” katanya.
M yang menunggu di luar PPV Dewan Komuniti Sibu Jaya bagi mengharapkan ada slot pemvaksinan.
Jang unggu agar
: Penduduk Sibu Jaya dinasihatkan untuk tidak menunggu di luar Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Komuniti Sibu Jaya bagi mengharapkan pemvaksinan secara terus.
Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Kaunselor Clarence Ting Ing Horh memberitahu, tindakan segelintir mereka ini telah menyesakkan keadaan
di luar dewan dengan berbaris panjang.
Menurut beliau, segelintir mereka berbuat demikian dengan harapan mereka dapat memperolehi slot vaksinasi.
Tindakan seperti itu katanya, menyebabkan mereka dihalang masuk ke dalam PPV bagi mengelak kesesakan dan
boleh mengganggu proses pemvaksinan.
“Hanya mereka yang menerima janji temu melalui melalui MySejahtera dibenarkan masuk ke dalam PPV.
“Sekiranya anda tidak mempunyai janji temu, jangan pergi. Tunggu giliran anda melalui makluman dari MySejahtera,” tegasnya.
Ting mendakwa keadaan ini berlaku hampir setiap hari iaitu sekumpulan besar orang ramai
yang tidak mempunyai janji temu vaksinasi berdiri di luar pagar dalam usaha mencuba nasib mendapatkan slot vaksinasi.
Menurut Ting, hanya mereka yang mempunyai janji temu sahaja akan divaksin dan dibenarkan masuk ke PPV.
“Ramai rakan saya dijadualkan mendapat vaksinasi di Sibu Jaya. Terdapat laporan banyak orang menunggu di luar PPV pada hari ini.
“Petang ini rakan saya
pergi untuk janji temunya dan keseluruhan proses pemvaksinan hanya memakan masa 30 minit sahaja,” jelas Ting.
11
􏰘􏰞􏰛􏰚 􏰏 􏰜􏰂􏰃􏰃􏰞􏰐 􏰂 􏰒􏰒􏰃 􏰚􏰁􏰞􏰂􏰜􏰕􏰞􏰁 􏰗
􏰎 􏰍􏰌􏰋􏰊 􏰉􏰈 􏰇 􏰆􏰌
􏰞􏰛􏰚 􏰏
􏰅􏰔 􏰔􏰄
􏰀􏰞


































































































   9   10   11   12   13