Page 14 - Demo
P. 14

14
teMpatan
JUMAAT | 25 Jun 2021 | 14 Zulkaedah 1442H
Perluaskan tempoh pas sewa, kerja percuma
KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Tegas Digital Innovation Hub (TDIH) kini memperluaskan tempoh pas sewa dan kerja percuma di hubnya di Kuching, Miri dan Bintulu.
Ia berkuat kuasa dari 28 Jun hingga 31 Disember depan untuk alumni program, kakitangan, usahawan dan pelajar tempatan yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Menurut Pengerusi Tegas, Datuk Len Talif Salleh, langkah tersebut sejajar dengan pengumuman oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengenai pakej Bantuan
Khas Sarawakku Sayang 6.0 (BKSS).
“Kita juga memberikan sokongan kepada syarikat pemula tempatan dan pengusaha secara berkala seperti penyediaan webinar percuma, bengkel peningkatan kapasiti dalam talian dan program pemecut maya.
“Sepertimana Tegas Pre- Accelerator Bootcamp 2021, yang kini dibuka untuk permohonan,” katanya menerusi satu kenyataan semalam. Pihaknya juga kini memberi peluang kepada pengusaha tempatan untuk menggunakan pejabat maya untuk tujuan pendaftaran perniagaan
dengan harga sewa yang terendah. Sehingga kini katanya, TDIH
berfungsi sebagai platform inklusif untuk menyokong dan memperkasakan syarikat pemula dan perusahaan sosial peringkat awal di Sarawak.
Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar itu menambah, ia dibiayai oleh Kerajaan Sarawak dan dikendalikan oleh Tegas.
“TDIH menawarkan akses
ke ruang kerja yang berpatutan, pendidikan keusahawanan dan program percepatan usaha serta akses kepada rakan ekosistem Tegas,” katanya lagi.
SET
penjana 1500kW yang tiba di stesen jana kuasa Limbang.
KEADAAN mangsa di tempat kejadian, selepas diseret lori di Jalan Tun Razak/Jalan Dato Bandar, Kuching.
Maut diseret lori
14
Tingkat kebolehupayaan bekalan elektrik
KUCHING: Seorang wanita maut selepas motosikal yang dinaikinya bersama- sama rakan diseret sebuah lori yang melanggar lampu isyarat merah di Jalan Tun Razak/ Jalan Dato Bandar di sini, semalam.
Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, kejadian dilaporkan sekitar jam 10.45 pagi, ketika lori terbabit menuju ke Syarikat Shin Yang, Jalan Pending untuk menghantar muatan batu seberat sekitar 34 tan.
“Semasa sampai di lampu isyarat Jalan Tun Razak/ Jalan Dato Bandar, pemandu lori itu telah melanggar tepi sebelah kiri motosikal yang dinaiki mangsa bersama- sama rakannya, yang datang dari arah Pending dan sedang masuk ke simpang Jalan Dato Bandar.
“Pelanggaran menyebabkan mangsa terseret beberapa meter ke hadapan,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Alexson menambah, mangsa yang berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Kecemasan, Hospital Umum Sarawak (HUS) jam 12.30 tengah hari akibat
Siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan
oleh pemandu lori yang tidak mematuhi lampu isyarat merah.”
kecederaan di kepala. Manakala, rakan
lelaki mangsa berusia 23 tahun yang menunggang motosikal terbabit hanya mengalami luka di kaki kanan.
Sementara itu, pemandu lori terbabit iaitu seorang lelaki berusia 24 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan pemandu lori yang tidak mematuhi lampu isyarat merah,” katanya.
Alexson berkata, kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
LIMBANG: Sarawak Energy Berhad (SEB) sedang
berusaha untuk meningkatkan kebolehupayaan bekalan elektrik dengan menyediakan penjana tambahan.
Ia bertujuan untuk menstabilkan bekalan elektrik untuk kegunaan penduduk susulan ketidakstabilan bekalan elektrik dari Stesen Janakuasa Limbang yang berlaku sejak Mei lalu. Kerja pembaikan penjana telah ditangguhkan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Penjana yang sedia ada juga telah mencapai kapasiti maksimum dengan potensi risiko tidak dapat memenuhi permintaan puncak terutama ketika cuaca panas.
Naib Presiden Sarawak Energy Berhad (SEB) Yusri Safri berkata, pihak SEB sedaya upaya menstabilkan bekalan secepat mungkin dan menyelesaikannya sejak isu itu timbul pada Mei lalu.
Sejajar itu, katanya, SEB memohon maaf atas masalah gangguan elektrik yang dialami
oleh penduduk Limbang. “Kerja pembaikan pada jana
kuasa yang rosak sedang dilakukan. Kami menjangkakan salah satunya dapat dibaiki selewat-lewatnya pada Jumaat.
“Kita menjangkakan lagi bekalan elektrik kembali pulih sepenuhnya pada akhir bulan ini.
“Jana kuasa lain dijangka kembali beroperasi dalam tiga minggu sementara menunggu penghantaran alat ganti.
“Pasukan operasi kami juga akan melakukan yang terbaik untuk memulihkan bekalan ke kawasan yang terjejas secepat mungkin sekiranya berlaku gangguan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. SEB telah mengerahkan dua set jana kuasa 1500kW tambahan dari Kuching untuk menyokong permintaan di Limbang dan berfungsi sebagai bekalan tambahan.
Selain itu, melengkapkan satu unit set jana kuasa mudah alih megavolt amperes (MVA) yang ada digunakan dari Miri.
Yusri juga menekankan, akan ada kapasiti penjanaan yang mencukupi untuk Limbang setelah pembaikan jana kuasa dilakukan.
“Sekatan semasa di bawah PKP telah menjejaskan kerja pembaikan pasukan kami sebab mereka tidak dapat melalui sempadan Brunei untuk ke Limbang.
“Bagaimanapun, kami komited untuk memenuhi keperluan bekalan elektrik di daerah ini,” tegasnya.
Sementara itu, pembinaan projek penyambungan Grid Utara bagi penyelesaian jangka panjang sedang giat dilaksanakan walaupun menghadapi cabaran situasi Covid-19.
Di bawah projek penyambungan Grid Utara, Limbang akan dihubungkan dengan loji jana kuasa utama Sarawak.
Selepas ini, tidak lagi bergantung pada penjanaan diesel dengan pengoperasian pencawang 275/33 /11kV Voltan Ekstra Bandar Limbang yang dijangka siap tahun 2023.


































































































   12   13   14   15   16