Page 4 - Demo
P. 4
4
KeseJahteraan raKyat
JUMAAT | 25 Jun 2021 | 14 Zulkaedah 1442H
BUDA BUJANG
| FENNY SILONG
fensilong@suarasarawak.my
SEBUYAU: Dulu kerana keadaan terdesak dan tiada pilihan lain, penduduk di sini terpaksa mandi di sungai Batang Sadong, yang turut dikongsi dengan sang bedal.
Namun pada sambutan Gawai Dayak lalu, mimpi ngeri mereka tiada lagi kerana hampir 338 penduduk Rumah Panjang Kampung Ensenggei Sebuyau di sini menikmati bekalan asas sepenuhnya.
Meskipun terletak di kawasan luar bandar namun kampung ini dilengkapi bekalan elektrik dan rangkaian telekomunikasi serta disalurkan bekalan air bersih.
Menurut Tuai Rumahnya Buda Bujang, 64, sebanyak 47 pintu rumah panjang di bawah jagaannya menikmati belakan air bersih pada November tahun lalu.
“Kami amat gembira kerana tidak lagi menadah air hujan atau mandi di sungai serta boleh mandi bila-bila masa.
“Kami ada diberi tong biru untuk menakung air hujan tetapi pada musim kemarau ia mengundang kesukaran buat kami,” katanya ketika
Tidak lagi mandi sungai
MINCHONG PAKAR
ditemui Suara Sarawak.
“Bagi mendapatkan bekalan air
bersih pula, kami membeli dengan harga RM60 satu tong daripada pembekal.
“Namun, kini kami amat berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana melengkapkan kemudahan asas di kampung ini,” jelasnya
Tegasnya, pada musim perayaan sebelum Covid-19, agak banyak majlis perkahwinan diadakan, justeru air bersih amat diperlukan untuk memasak dan sebagainya.
Kampung Ensenggei Sebuyau diterokai seorang lelaki bernama Timbul yang kemudian berkembang seperti hari ini.
“Kami di sini kebanyakannya
petani dan pekebun dengan menanam padi, pisang dan tembikai.
“Namun, kami menghadapi kesukaran kemasukan air masin ketika air pasang sehingga melimpah ke tanaman kami,” ujarnya.
Katanya lagi, terdapat peniaga dari Medan Niaga Satok Kuching ke kampung mereka untuk membeli buah pisang dan tembikai.
Maka, beliau optimis yang kampung berkenaan berpotensi dibuka sebagai kawasan pertanian baharu dengan adanya rangkaian jalan raya lengkap.
Sementara itu, Pengerusi JKKK, Minchong Pakar, 60 berkata, penduduk kampung tidak lagi mandi sungai selepas disalurkan
bekalan air bersih.
“Kami amat berbesar hati
dengan inisiatif Kerajaan Sarawak yang berusaha melengkapkan penduduk luar bandar dengan kemudahan asas.
“Malah, perjalanan kami ke bandar raya Kuching semakin singkat menggunakan Jambatan Batang Samarahan,” ujarnya.
Ujarnya lagi, kampung itu juga menerima sokongan padu daripada Adunnya Awla Dris dan Ahli Parlimen Datuk Seri Nancy Shukri.
“Malah, banyak pengunjung datang ke kampung kami termasuk pelajar Unimas.
“Justeru akan wujudnya inap desa berkonsepkan rumah panjang selepas kemudahan asas kami lengkap,” ujarnya.
SELEPAS... Gambar Rumah Panjang Ensenggei Sebuyau yang telah dibaik pulih ruainya.
4
Cara baharu suntik penduduk terkurung
KUCHING: Sarawak kini
mencuba pendekatan baharu bagi mempercepatkan proses vaksinasi, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
Menurut Dr Sim yang juga penasihat kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), kaedah tersebut melibatkan penduduk yang telibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
“Cara ini membolehkan suntikan vaksin Covid-19 kepada penduduk sebelum tempoh kuarantin PKPD ditamatkan.
“Vaksinasi diberikan kepada mereka yang layak melalui MySejahtera dan disahkan negatif bagi ujian calitan kedua,” katanya.
Dr Sim yang juga Adun Batu Kawa berkata, percubaan pertama bagi kaedah tersebut sudah dilaksanakan Rabu lalu untuk penduduk Kampung Sinar Budi
Baru, Desa Wira di Klinik Kesihatan Batu Kawa.
“Sejumlah 358 penduduk di sini sudah menerima vaksinasi pada malam terakhir PKPD. Ia berjaya dilaksanakan dalam tempoh kurang empat jam.
“Malah saya berbangga apabila diberikan penghormatan untuk memberikan suntikan vaksin kepada warga emas wanita berusia 99 tahun,” katanya.
Tambahnya, kakitangan perubatan yang terlibat mencuba kaedah pemberian vaksin bergerak.
“Petugas kesihatan pergi ke arah tempat penerima yang duduk menunggu giliran bagi mengurangkan pergerakan.
“Semoga pendekatan baharu ini dapat mengurangkan kejadian berulang jangkitan serta kluster baharu di tempat yang sama,” ujarnya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
Dalam perkembangan berlainan, Dr Sim berkata Sarawak berjaya memberikan sejumlah 468,444 dos vaksin Covid-19 dalam 10 hari iaitu dari 12 hingga 22 Jun.
“Berbanding hanya 442,061 dos untuk tempoh 26 Februari hingga 12 Jun.
“Kami mungkin mulai sedikit, tetapi dapat meningkat dengan cepat kerana memiliki kemampuan untuk melaksanakan vaksinasi.
“Beri kami vaksin dan rakyat Sarawak mampu melakukannya proses vaksinasi di luar jangkaan,” ujarnya.
Dalam pada itu Dr Sim mengingati orang ramai untuk memeriksa permohonan MySejahtera mereka untuk mendapatkan temu janji secara berkala.
“Dalam minggu ini kita fokus kepada mereka yang lahir tahun 1970-an dan kemudian 1980-an,” katanya.