Page 23 - SVA demo 2
P. 23

JUMAAT | 25 Jun 2021 | 14 Zulkaedah 1442H
arena
23
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) memutuskan untuk menangguhkan saingan Liga Premier yang
dijadual bersambung pada 3
Julai depan, ke suatu tarikh akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Ketua Pegawai Eksekutif
MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata keputusan itu dibuat susulan saranan Kementerian Belia dan Sukan
(KBS) berikutan situasi semasa kes harian Covid-19 yang masih berada pada tahap membimbangkan.
Penangguhan itu turut melibatkan perlawanan tertunda Perak FC II bertemu Kelantan FC yang sebelum ini dijadual berlangsung pada 29
Jun, serta Selangor FC 2 menentang Sarawak United yang sepatutnya diadakan pada 30 Jun.
“Ini kerana Jabatan Belia
dan Sukan Negara (JBSN) dan Sekretariat Prosedur Operasi Standard (SOP) Sektor Sukan
dan Rekreasi telah memberikan pandangan kepada MFL supaya menangguhkan sementara perjalanan Liga Premier sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.
“Bagaimanapun, program
latihan berpusat mengikut model gelembung sukan secara ‘camp- based training’ termasuk perlawanan latihan tertutup dibenarkan selaras SOP yang dikeluarkan oleh MKN (Majlis Keselamatan Negara),” katanya dalam kenyataan, semalam.
Ab Ghani berkata keputusan itu dan perkembangan terkini
mengenai perjalanan Liga Malaysia 2021 sudah dimaklumkan kepada semua pasukan semasa sesi taklimat dalam talian bersama ketua pegawai eksekutif kelab-kelab Liga Super dan Liga Premier yang dipengerusikan beliau.
Dalam pada itu, beliau mengesahkan setakat
ini tiada perubahan
bagi jadual Liga Super 2021 yang dijadual bersambung pada 24 Julai.
AB GHANI HASSAN... Ketua Pegawai Eksekutif MFL.
Liga Premier ditangguhkan
“Namun status Liga Malaysia ini tertakluk kepada arahan terkini pihak kerajaan,” katanya.- Bernama
Misi emas Bonnie di Tokyo
| FAIZAL BUJANG
suarasarawak.news@gmail.com
JURULATIH powerlifting negara, Jamil Adam yakin atlet kebanggaan Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin akan meraih pingat emas dalam temasya Sukan Paralimpik Tokyo.
Ia mengambil kira kecemerlangan anak didiknya dalam dua kejohanan dunia.
Dalam Kejohanan Powerlifting Piala Dunia Fazza Edisi Ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Selasa lalu menyaksikan atlet kelahiran Kampung Baru Mawang, Serian itu berjaya mencipta rekod dunia (230kg).
Beliau turut meraih emas dalam Kejohanan Powerlifting Piala Dunia
Bangkok, Thailand awal Mei lalu. “Saya amat yakin Bonnie akan
dapat menyumbang pingat emas buat kem negara di Tokyo nanti.
“Ini berdasarkan peningkatan ketara prestasinya dalam dua kejohanan dunia baru-baru ini,” ujar Jamil ketika dihubungi Arena Suara Sarawak semalam.
Menurut Jamil, beliau akan memastikan Bonnie lebih fokus dalam latihan dalam misi memburu emas.
“Saya percaya Bonnie mampu dan sama-sama kita berdoa agar perjalanannya untuk memastikan pingat emas buat negara tercapai,” tambah Jamil lagi. Bonnie
akan bersaing dalam kategori kegemarannya, 72kg.
BONNIE BUNYAU
JAMIL ADAM... Jurulatih.
Uji dulu calon naturalisasi
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) disaran menjadikan perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai medan terakhir menilai potensi pemain asing sebelum memutuskan untuk menaturalisasikan mereka beraksi bersama skuad negara.
Bekas pengendali skuad kebangsaan
B. Sathianathan berkata menerusi siri aksi persahabatan, ketua jurulatih dapat melihat lebih jelas kesesuaian dan keberkesanan kehadiran pemain asing dalam corak permainan pasukan kebangsaan berbanding hanya memantau mereka dalam saingan liga domestik.
Jelas beliau, pengambilan pemain naturalisasi bertujuan memperkuat pasukan tidak salah, namun proses pemilihan pemain perlu dilakukan dengan teliti dan mengambil kira semua aspek terutama pandangan serta penilaian ketua jurulatih.
“Saya setuju dengan idea menggunakan pemain naturalisasi jika dia adalah pemain yang baik, sesuai untuk bersama pasukan kebangsaan dan sesuai untuk berada dalam pelan jurulatih kebangsaan. Kita tidak perlu pandai-pandai (pilih), biar barisan jurulatih yang berikan kata akhir pemain itu sesuai atau tidak bersama pasukan.
“Jurulatih juga boleh uji pemain tersebut dalam beberapa perlawanan persahabatan untuk pastikan mereka betul-betul boleh memberikan impak bersama skuad kebangsaan. Pada saya tidak boleh ambil (pemain naturalisasi) dan
terus beraksi pada kejohanan,” katanya kepada Bernama.
Pada masa sama, Sathianathan menegaskan program naturalisasi kelolaan FAM wajar diteruskan tatkala keberkesanan program
itu kini dipertikai susulan prestasi tidak memberangsangkan tiga pemain naturalisasi negara pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 baru-baru ini.
“Program ini masih belum gagal sehingga kita dapat layak ke Piala Asia, meskipun jika tidak layak apakah kegagalannya? Mungkin kegagalan itu adalah kita tidak pernah betul-betul memilih pemain yang sesuai untuk digunakan oleh pasukan,”
kata Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) itu.
Sehingga kini, FAM telah menaturalisasikan tiga pemain iaitu Mohamadou Sumareh dari Gambia, Liridon Krasniqi (Kosovo) dan Guilherme De Paula (Brazil) dalam merealisasikan misi skuad kebangsaan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
Jumlah itu mungkin bertambah dalam masa terdekat apabila dua pemain import Liga Malaysia (Liga-M), antaranya tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Gonzalo Cabrera dan Endrick Dos Santos (Penang FC) kini dikaitkan bakal menjadi pemain naturalisasi terbaharu.
Sementara itu, Sathianathan berkata segala kekurangan dan kelemahan skuad kebangsaan dalam perlawanan berintensiti tinggi seharusnya dipandang serius dan usaha mengatasi perkara tersebut perlu dibuat seawal peringkat akar umbi.
“Kita kena belajar daripada apa-apa kesilapan kita, benda-benda (kelemahan dan kekurangan) macam ini kena bawa ke NFDP (Program Pembangunan Bola Sepak Negara) atau akademi bola sepak untuk kita ajar dan betulkan kepada pemain muda,” jelas beliau.- Bernama
B. SATHIANATHAN
23


































































































   20   21   22   23   24