Page 5 - SVA demo 2
P. 5
JUMAAT | 25 Jun 2021 | 14 Zulkaedah 1442H
KeseJahteraan raKyat
5
Kemuka rayuan di dalam kotak
KUCHING: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) kini menyediakan kemudahan kotak serahan di Sabah dan Sarawak bagi memudahkan pemohon Bantuan Prihatan Rakyat (BPR) menghantar dokumen rayuan.
Dalam kenyataan semalam, LHDN berkata pemohon boleh mengemukakan borang dan semua dokumen sokongan berkaitan permohonan rayuan BPR melalui kemudahan kota serahan atau drop box yang disediakan sebelum 30 Jun ini.
“Kemudahan ini disediakan di pejabat cawangan, pejabat satelit dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM serta pejabat daerah berhampiran sehingga tarikh akhir permohonan rayuan BPR,” katanya.
Menurut LHDNM, inisiatif tersebut bagi memudahkan pemohon di dua negeri terbabit yang berdepan kesukaran membuat permohonan rayuan dalam talian.
“Ini sekali gus dapat membantu mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mengekang penularan Covid-19 kerana larangan merentas daerah.
“Kaedah ini juga membolehkan pemohon meletakkan borang rayuan yang lengkap berserta semua dokumen sokongan ke dalam kotak serahan mengikut waktu operasi pejabat,” ujar kenyataan itu.
LHDN mengingatkan pemohon agar memasukkan semua dokumen di dalam sampul dengan kemas sebelum meletakkannya ke dalam
kotak supaya tidak bercampur dengan borang rayuan pemohon lain.
“Waktu operasi kaunter permohonan rayuan BPR di semua pejabat dan cawangan LHDN dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, Isnin hingga Jumaat,” kata kenyataan itu.
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi 1800-88-2747 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 4 petang), HASiL Live Chat atau borang maklum balas di portal rasmi LHDNM.
Terdahulu, rayuan permohonan BPR dibuka 15 Jun lalu bagi membantu mereka yang tidak lulus permohonan sebelum ini.
Rawat guru duka lara
| BARINA NANI
barinanani.bn@suarasarawak.my
KEMENTERIAN Pendidikan mengumumkan pengambilan khas 18,702 Pegawai Pendidikan DG41 untuk mengatasi kekurangan guru di negara ini khususnya membabitkan negeri ini dan mata pelajaran tertentu.
TEO WAN SHIANG
Saya harap bakal pemohon terutamanya di Sarawak
dapat mendidik anak dengan bertanggungjawab dan dapat berkhidmat dengan telus.
Selain itu, keutamaan perlu diberi kepada anak Sarawak
untuk berkhidmat di negeri ini. Ini mengurangkan isu guru duka lara.
udah tentu ini akan memudahkan mereka terus berkhidmat lama di Sarawak
tanpa memikirkan untuk berpindah ke negeri lain.
MOHD DANIAL ESHSAQ
Saya berharap siswazah pendidikan diberi keutamaan dan dikaji
keputusan peperiksaan, ujian kelayakan calon guru dan sesi temu duga kemasukan
ke program pendidikan harus dilakukan dengan penuh telus dan efisien. Saya juga berharap
agar pelajar pendidikan tahun
akhir di universiti diberi peluang untuk
memohon kekosongan ini kerana memiliki pengalaman PdPR semasa menjalani latihan
industri. Sememangnya mereka layak untuk diambil berdasarkan keadaan semasa.
MOHD SYUKURI
Pengumuman itu tepat dengan keadaan sekarang yang semakin mencabar dalam sektor pendidikan. Namun saya berharap agar
siswazah pendidikan diberikan keutamaan. Bagaimanapun pengambilan khas ini akan memberikan kesan kepada pengambilan
tahun seterusnya. Harapan saya, semua pihak berkebolehan dan layak memohon tetapi pastikan kita bersedia fizikal dan mental serta niat
memang ikhlas hendak mendidik, bukan kerana mengejar pekerjaan. Tugas guru berat kerana memikul harapan ibu bapa terutamanya anak
bangsa yang bakal memimpin negara. Guru ibarat membantu kerajaan mengeluarkan modal insan yang menjadi harapan negara.
ADRAIN PHILIP
Saya berharap keutamaan lantikan diberikan kepada warga atau
anak Sarawak sendiri terutama bagi mengisi kekosongan guru di negeri ini. Ia lebih praktikal dari
segi masa serta memberi peluang kepada anak negeri ini peluang
pekerjaan serta mengurangkan isu guru duka lara disebabkan berjauhan
daripada keluarga terutamanya dari Semenanjung Malaysia. Jadi, biar anak
Sarawak bertugas di negeri sendiri.
AKMAL DAUS YUSUP
Inisiatif ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan
kekurangan warga pendidik bahkan dapat memberi ruang dan peluang kepada mereka
yang masih menganggur mendapatkan pekerjaan. Dalam
pada itu, saya berharap mereka terpilih nanti dapat memberikan
khidmat dan kualiti yang baik, khususnya jika ditempatkan di
kawasan luar bandar atau pedalaman seperti di Sarawak. Jangan buat perangai sambil lewa atau acuh tak acuh ketika mendidik nanti.
Senorita terima Sinovac
SENORITA MUNAN
SRI AMAN: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Sri Aman merekodkan sejumlah 1000 penduduk di sekitar Sri Aman menerima vaksin Sinovac, semalam.
Usaha ini bagi memastikan agar semua penduduk di sekitar Sri Aman dapat menerima vaksin Covid-19 untuk memastikan
hasrat kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok tercapai bagi memutuskan rantaian jangkitan virus.
Senorita Munan, 33, dari Rumah Ibol yang hadir untuk
mendapatkan suntikan pertamanya berkata, dia sangat berbangga kerana mendapatkan suntikan dan berharap agar lebih ramai lagi mendaftar bagi memperoleh vaksin.
SAMBUTAN... Suasana di PPV Dewan Suarah
Sri Aman.
Foto JABATAN PENERANGAN
S
5