Page 13 - Suara Sarawak B
P. 13

China berjaya lancar satelit meteorologi FY-3E
global@suarasarawak.my
SELASA • 6 Julai 2021 • 25 Zulkaedah 1442H
Korea S mahu hasilkan 1 bilion dos vaksin
SEOUL: Korea Selatan sedang berunding dengan pembuat vaksin mRNA termasuk Pfizer dan Mod- erna untuk menghasilkan vaksin Covid-19 di negara itu dan bersedia untuk menawarkan kapasiti untuk mengeluarkan sehingga 1 bilion dos vaksin dengan segera, kata seorang pegawai kanan kerajaan.
Laporan Reuters yang disiarkan di portal berita MSN, mengatakan rancangan itu jika dipersetujui, akan membantu dalam menampung kekurangan bekalan vaksin Covid-19 global.
Bekalan itu termasuk di Asia yang ketinggalan dari segi program vaksin berbanding Amerika Utara
FOTO Fail Ketua Pengarah Institut Vaksin Antarabangsa, Jerome Kim, ketika bercakap pada sidang media berkenaan kesediaan vaksinasi Covid-19,
di Seoul. | AFP
Pemisah pro-Rusia SERANG tentera Ukraine
dan Eropah.
Ia juga bertujuan untuk menem-
patkan Korea Selatan selangkah lebih dekat untuk mencapai cita- citanya menjadi pusat pembuatan vaksin utama.
Korea Selatan sudah mempunyai perjanjian untuk menghasilkan secara tempatan tiga vaksin Covid-19 iaitu vaksin yang diban- gunkan oleh AstraZeneca Universiti Oxford, Novavax, dan Rusia. Ia juga mempunyai perjanjian pembotolan dan pembungkusan vaksin dengan Moderna.
Ketua pengarah jawatankuasa hab vaksin global di bawah Kementerian Kesihatan Korea Selatan, Lee Kang-ho mengatakan mereka mengadakan perbincangan lebih kerap dengan dengan syarikat farmaseutikal besar untuk meng- hasilkan vaksin mRNA.
“Hanya ada beberapa pem- bangun vaksin mRNA iaitu Pfizer, Moderna, CureVac dan BioNTech. Oleh itu, jumlah yang dapat mereka hasilkan untuk memenuhi per- mintaan global juga terhad. Justeru, Korea Selatan berminat untuk membantu dengan menawarkan fasiliti dan sumber manusia yang pakar,” jelas Lee.
Tetapi tidak jelas sejauh mana kemajuan yang dicapai dalam rundingan tersebut atau tarikh untuk perjanjian itu dipersetujui.
JIUQUAN: China berjaya menghantar Fengyun-3E (FY-3E), satelit meteorologi baharu ke orbit sasarannya dari Pusat
Pelancaran Satelit Jiuquan di wilayah Gansu, semalam, lapor Bernama.
FY-3E yang dilengkapi 11 muatan penderiaan jauh
disifatkan sebagai
satelit meteorologi pertama dunia yang berada di orbit.
Direka dengan jangka hayat selama lapan tahun, satelit itu berfungsi untuk mengetahui suhu dan kelembapan atmosfera, serta parameter meteorologi lain untuk pelbagai peranti ramalan bagi meningkatkan keupayaan ramalan cuaca di China.
KIEV: Seorang doktor tentera Ukraine terkorban dalam serangan bom tangan yang dilancarkan oleh kumpulan pemisah pro-Rusia di wilayah terpisah timur negara itu.
Tentera Ukraine terlibat dalam konflik berlarutan dengan pejuang pemisah di wilayah timur Donetsk dan Lugansk sejak 2014 berikutan campur tangan Moscow dalam penaklukan Crimea.
Menerusi hantaran di Facebook semalam, tentera Ukraine mengatakan dalam tempoh 24 jam terakhir, pejuang pemisah melancarkan enam serangan dengan pelancar bom tangan dan mesingan terhadap tenteranya.
“Seorang tentera dari Pasukan Bersama maut akibat kecederaan parah yang dialaminya,” kata kenyataan itu sambil menambah bahawa seorang tentera lain cedera dalam serangan itu.
Unit doktor tentera Ukraine melaporkan dalam catatan Facebook berasingan
mengatakan doktor yang terbunuh itu merupakan ketua sebuah pusat perubatan di barisan hadapan.
Ekoran peningkatan keganasan awal tahun ini, Rusia menempatkan 100,000 tenteranya di sempadan Ukraine.
Walaupun Moscow segera mengumumkan penarikan balik, namun Kiev dan Washington masing-masing mengatakan bahawa pengunduran itu tidak menyeluruh.
Konlik pemisah di wilayah timur Ukraine meragut lebih 130,000 jiwa. Sekurang-kurangnya 40 tentera Ukraine terbunuh sejak awal tahun ini berbanding 50 orang pada 2020. Sementara puak pemisah mengatakan sekitar 30 pejuang mereka terbunuh.
Kiev dan sekutu Baratnya menuduh Rusia menghantar tentera dan senjata untuk menyokong pemisah, namun tuduhan itu disangkal oleh Moscow. – AFP
TENTERA Ukraine dilihat mengisi peluru ketika pertempuran dengan pemisah yang disokong Rusia berhampiran bandar kecil Volnovakha, di wilayah Donetsk pada Jun lalu. | AFP


































































































   11   12   13   14   15