Page 16 - Suara Sarawak B
P. 16
4
SELASA • 6 Julai 2021
INDONESIA BERALIH ke teleperubatan
21 cedera akibat letupan kilang
BANGKOK: Satu letupan kuat dan kebakaran besar berlaku di sebuah kilang plastik di daerah Bang Phli, Thailand semalam, mencederakan sekurang-kurangnya 21 orang, lapor Sputnik memetik Bangkok Post.
Kejadian berlaku di kilang Ming Dih Chemical Co, menempatkan sekitar lima hingga enam gudang dengan 50 tan bahan kimia, menurut akhbar itu.
Letupan itu turut mencetuskan kebakaran besar mengakibatkan kerosakan pada kilang dan bangunan serta rumah yang terletak dalam radius satu kilometer (km).
Pihak berkuasa tempatan di wilayah Samut Prakan telah menga- rahkan penduduk yang berada dalam radius 5km dari kilang dipindahkan.
Punca letupan masih belum diketahui. – Bernama
PEKERJA memunggah tangki oksigen di stesen oksigen kecemasan yang dibuka berhampiran Monumen Nasional Jakarta pada 5 Julai
2021, untuk membekalkan oksigen kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya semasa pengasingan Covid-19 di rumah. | AFP
JAKARTA: Indonesia akan menyediakan perkhidmatan teleperubatan percuma kepada pesakit virus korona dengan gejala ringan, umum Menteri Kesihatan semalam bagi usaha untuk mengurangkan tekanan terhadap sektor penjagaan kesihatan yang dibanjiri lonjakan kes Covid-19.
Dengan kes jangkitan baharu yang tinggi hampir setiap hari minggu lalu serta kematian melebihi 500 orang, Indonesia kini memerangi salah satu epidemik terburuk di Asia.
Keadaan itu diburukkan lagi oleh varian Delta yang pertama kali dikesan di India dan mudah berjangkit.
Perkhidmatan jarak jauh turut disedia-
kan bermula hari ini oleh firma telekesi- hatan seperti Alodokter dan Halodoc iaitu merangkumi khidmat perundingan serta penghantaran ubat percuma, lapor AP yang memetik Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin sebagai berkata.
“Individu yang positif Covid-19 boleh mendapatkan perkhidmatan perubatan tepat pada waktunya tanpa menunggu di hospital. Tujuannya, supaya pihak hospital dapat memberi keutamaan kepada pesakit dengan gejala sederhana, berat dan kritikal,” kata Budi Gunadi.
Sementara itu, Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati mengatakan perbelan- jaan kesihatan dinaikkan kepada 193.93
trilion rupiah (AS$13.93 bilion) untuk rawatan, ujian saringan, ubat-ubatan, vaksin dan alat perlindungan diri (PPE).
Kadar penggunaan katil hospital ialah 75 peratus di seluruh negara pada 2 Julai, menurut Kementerian Kesihatan. Tetapi beberapa hospital di pulau Jawa melapor- kan penggunaan lebih 90 peratus kapasiti, termasuk di ibu negara Jakarta.
Kekurangan oksigen juga dilaporkan di Indonesia yang menurut pihak berkuasa, ia berpunca daripada masalah pengedaran dan kapasiti pengeluaran yang terhad.
Pihak Hospital Sardjito di Jawa menga- takan 63 pesakit meninggal dunia selepas ia hampir kehabisan bekanan oksigen pada
hujung minggu. Namun jurucakap hospital tidak menyatakan sama ada semua yang mati merupakan pesakit Covid-19.
Menteri Kanan, Luhut Binsar Pand- jaitan yang ditugaskan untuk menangani lonjakan kes di Jawa dan Bali, mengatakan bekalan oksigen di hospital akan diting- katkan.
Berita utama akhbar tempatan pada Is- nin memaparkan kebimbangan berhubung krisis tersebut, dengan tajuk berita ‘Sistem kesihatan Jawa lumpuh’ di halaman depan Jakarta Post yang ditulis dengan huruf besar. Akhbar Tempo pula dengan tajuk berita muka depan ’SOS perkhdimatan perubatan’.
SEBUAH kenderaan dilihat dipandu keluar dari kawasan perumahan berikutan arahan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan bagi penduduk dalam radius 5km dari kilang plastik yang meletup dan terbakar di pinggir Bangkok. | AFP