Page 3 - Suara Sarawak B
P. 3
25 Zulkaedah 1442H
A
z
z
a
a
d
d
K
K
a
s
s
h
3
A
hmir, Pakistan
a
wilayah tersebut menjadi rebutan antara dua negara kerana bekalan tersebut.
Syurga Dunia
Tidak kira sama ada musim panas ataupun musim sejuk, keindahan bumi Kashmir sangat indah dan mengasyikkan. Malah, anda seolah- olah berada di syurga dunia kerana keindahannya sukar dibandingkan.
Tidak menghairankan wilayah Azad Kashmir menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia. Selain itu, kos pelancongan jauh lebih murah dan berpatutuan berbanding melancong di Switzerland.
Anda juga dapat menyewa rumah penginapan pada harga murah serta makanan di sini juga agak murah dan sedap.
_
WARTAWAN KEMBARA suarasarawak.news@gmail.com
ANDA tidak perlu pergi jauh ke Switzerland kerana Kashmir yang terletak di Pakistan turut menawarkan keindahan alam semula jadi ala-ala Switzerland.
Bagi yang pernah menonton filem Bollywood, Bajrangi Bhaijaan, anda pasti kagum akan keindahan alam semula jadi Kashmir.
Sebelum ini, Kashmir merupakan wilayah dipisahkan antara dua negara iaitu India dengan Pakistan.
Wilayah Azad Kashmir dimiliki Pakistan, manakala wilayah Jammu dan Kashmir dimiliki India.
Menurut fakta, Kashmir pengeluar air terbersih di dunia paling besar dan
Pengalaman Mengasyikkan
Pelancong juga dapat melihat keindahan peninggalan kota lama semasa zaman tamadun Hindu dan Islam di bumi Hindustan.
Bagi yang mahu melihat keindahan alam semula jadi lebih dekat, Taman Negara Machiara dan Taman Negara Pir Lasura antara destinasi paling sesuai.
Di sana, anda dapat melihat pelbagai spesies flora dan fauna di bumi Kashmir, malah anda pasti kagum melihat air terjun yang sangat bersih.
Bagi kaki melancong, Azad Kashmir boleh dimasukkan senarai pelancongan selepas PKP berakhir nanti.
Anda pasti tidak rugi melawat di sana kerana Azad Kashmir menjanjikan pengalaman dan kenangan terindah.
D
n
Anda
Dengan mengambil vaksin, wabak sukar tersebar setelah terbentuknya imunisasi kelompok. Justeru, kerjasama masyarakat diperlukan agar sedia untuk menerima vaksin masing-masing demi mencapai 70 peratus imunisasi kelompok ini.
Da
a
ap
pa
a
at
t
tk
k
ka
a
n
Lindungi diri, lindungi keluarga, lindungi semua!
KERJASAMA anda MEMBANTU HENTIKAN penularan COVID-19.