Page 9 - Suara Sarawak B 7 Julai 2021
P. 9

ekonomi@suarasarawak.my
KADAR TUKARAN MATA WANG ASING
1 Brunei Dolar (BND)
1 Australia Dolar (AUD)
bi
100 Indonesia Rupiah (IDR)
1 C
) Y)
1
C
CN
Ch
hi
h
i
e
m
na
i (
NY
in
a R
Re
en
nm
mi
in
i
nb
(C
n
b
(
C
4. 0.
1 E
EU
1
U
)
Eu
ur
ro (
UR)
(E
0.0287
10
)
1
Y)
1
J
)
00
0 J
Je
ep
pu
un
n Y
Ye
en (
(J
JP
PY
100 Filipina Peso (PHP)
3.1468 0.6424
8.3558 5.753
Belian
3.0879
9172 3666
3.0879 4.152
r (SGD) 1 AS Dolar (ASD)
1 S
1
ar
1
i
a
Si
in
ng
ga
ap
pu
p
a
D
l
ur
ra
aD
Do
ol
la
a
r
1
K P
1U
1
P)
1
1
K
u
d
)
UK
Po
ou
un
nd
d (
(G
GB
BP
)
(Setakat 12 tengah hari Selasa – BNM)
RABU • 7 Julai 2021 • 26 Zulkaedah 1442H
Serba Dinamik jadi pilihan
PELABUR RUNCIT
COLINNA RADANG
suarsarawak.news@gmail.com
KUCHING: Pelabur runcit masih kekal pelabur utama dalam pasaran ekuiti tempatan buat minggu kelima berturut- turut.
CGS-CIMB Securities Sdn Bhd melaporkan, bagi minggu berakhir
2 Julai lalu, pembelian ekuiti mereka berkurangan sehingga 47 peratus kepada RM311 juta berbanding RM584 juta minggu sebelumnya.
Menurut firma tersebut, tiga saham
utama yang menjadi tarikan pelabur runcit setakat ini adalah Serba Dinamik, Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dan Public Bank.
“Mereka banyak melabur dalam sek- tor tenaga dan berkaitan utiliti,” katanya dalam laporan aliran dana mingguan.
Serba Dinamik kini masih menda- hului kaunter paling aktif diniagakan
di Bursa Malaysia yang menyaksikan harganya menokok 8.25 peratus kepada 52.5 sen dengan 587.74 juta saham diniagakan.
Syarikat ini juga menjadi tumpuan pelabur lebih sebulan lalu, berikutan
isu auditnya yang dibangkitkan KPMG PLT hingga menyebabkan ia mengalami kerugian hingga RM3 bilion dalam pasaran modal.
Minggu lalu, indeks FBM KLCI
susut 1.7 peratus apabila semua sektor merekodkan kerugian susulan keputu- san kerajaan melanjutkan fasa pertama ‘lockdown’’ di bawah Pelan Pemulihan Negara yang sepatutnya berakhir 28 Jun.
Pada minggu yang sama, pelabur institusi tempatan kembali membeli ekuiti tempatan sebanyak RM118 juta dengan kebanyakannya adalah saham Public Bank dan MISC.
Difahamkan bahawa mereka menjual ekuiti tempatan selama lima minggu berturut-turut.
Pelabur asing pula terus menjual ekuiti berjumlah RM499.2 juta minggu lalu, meningkat 6 peratus lebih tinggi sejak minggu berakhir 29 Januari 2021.
Pegangan asing dalam ekuiti Malaysia juga susut 0.1 peratus bulan ke bulan kepada 20.3 peratus setakat akhir Jun 2021, ekoran jualan ekuiti secara berterusan.
Saham Public Bank, Serba Dinamik dan CIMB juga menjadi tumpuan utama pelabur sepanjang minggu lalu.
HARGA RUMAH dijangka meningkat tiga peratus dalam jangka 12 bulan akan datang.
Harga rumah dijangka melonjak 3 peratus
KUALA LUMPUR: Harga rumah di Malaysia dijangka meningkat tiga peratus dalam jangka 12 bulan akan datang dan terus melonjak 12 peratus bagi tempoh 12 bulan berikutnya, didorong unjuran yang lebih baik.
Bagi pasaran sewa, walaupun dijangka menunjukkan pertumbuhan hanya satu peratus bagi 12 bulan akan datang namun
ia diunjurkan meningkat lapan peratus selepas suku ketiga 2022, menurut Juwai IQI, ¦rma teknologi hartanah, dalam laporan kaji selidik hartanah terkininya yang dikeluarkan pada Isnin.
“Unjuran bagi pasaran hartanah kedia- man Malaysia semakin baik. Memandangkan kita hampir pasti melaksanakan pembukaan
semula ekonomi dan mengekang pandemik, kami menjangkakan aktiviti transaksi serta harga hartanah rumah meningkat tahun ini,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Kashif Ansari.
Beliau berkata, pembeli rumah kali pertama dilihat benar-benar memanfaatkan situasi pasaran semasa, dengan 35 peratus transaksi rumah baharu dan 31 peratus transaksi subjualan pada separuh pertama 2021 telah dilakukan oleh kumpulan pembeli ini.
“Pembeli rumah kali pertama meraih manfaat daripada dasar rangsangan oleh kerajaan, kerana mereka memiliki lebihan simpanan dan dorongan lebih kuat untuk
membeli rumah sendiri, susulan pandemik,” katanya.
Beliau berkata ramai dalam kumpulan itu kurang berbelanja untuk perjalanan, hiburan dan perbelanjaan lain sejak pandemik mula berlaku, justeru, simpanan terkumpul itu telah membantu mereka untuk membeli rumah pertama.
Kashif berkata 56 peratus daripada ham- pir 400 ejen yang terlibat dalam kali selidik itu juga yakin kadar pertumbuhan transaksi yang pesat akan dicatatkan kumpulan pembeli kali pertama bagi baki tempoh 2021.
“Negeri yang dijangka mencatatkan peningkatan pembeli rumah kali pertama paling ketara ialah Pulau Pinang dan Perak,
dengan tiga sukuan daripada ejen di negeri itu mengunjurkan kenaikan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata mengenai pembeli asing, kali selidik itu menunjukkan bahagian transaksi disumbangkan oleh pembeli asing susut kepada paras terendah hanya 13 peratus daripada pembelian keseluruhan yang dilakukan pada separuh pertama 2021.
“Prestasi dari segi pembeli asing tidak akan pulih sehingga sempadan dibuka, namun transaksi mereka dijangka mening- kat lebih 50 peratus daripada angka semasa apabila sempadan negara dibuka,” katanya. - Bernama
9


































































































   7   8   9   10   11