Page 15 - SVA demo
P. 15
JUMAAT | 25 Jun 2021 | 14 Zulkaedah 1442H
Kewartawanan
15
Pelihara reputasi, jaga etika
| LYDIA AMAN
suarasarawak.news@gmail.com
KUCHING: Kursus Media dan Undang-undang banyak memberi pendedahan dan pengalaman baharu kepada pengamal media mengenai batas perundangan ketika melakukan liputan.
Kursus dalam talian ini diadakan selama dua hari dianjurkan oleh Institut Media Malaysia berlangsung pada 23 hingga 24 Jun.
Program tersebut menjemput penceramah khas iaitu Pakar Undang-Undang, Kolumnis Prof Datuk Salleh Buang.
Semasa sesi pagi hari pertama, beliau berkongsi topik mengenai Etika Kewartawanan, Perbandingan Kebebasan Media di Malaysia dan negara luar, dan PPPA 1984 (Akta 301).
Pada sebelah petang pula, beliau berkongsi mengenai Akta Fitnah Sivil dan Fitnah Jenayah, serta undang-undang hasutan. Pelbagai kes-kes mahkamah turut dikongsikan bersama.
SESI ceramah bersama-sama Prof Datuk Salleh Buang.
melaporkan berita. “Begitu juga, elakkan
penghinaan terhadap mahkamah, hasutan dan plagiarisme,” tegasnya lagi.
Secara keseluruhannya, kursus ini memberi gambaran yang jelas kepada pengamal media dalam menjaga etika kewartawanan dan berdepan risiko tindakan undang-undang sekiranya melanggar etika tersebut.
Selain itu, ia juga memberi pendedahan kepada wartawan yang baharu dalam membuat liputan jenayah dan kes-kes di mahkamah.
Program tersebut dihadiri 60 orang peserta daripada pelbagai agensi di seluruh Malaysia seperti Suara Sarawak, Jabatan Penerangan, RTM, Pensyarah dari USM, Berita Harian, News Strait Times, Harian Metro, Dewan Bahasa dan Pustaka, Petronas, Siakap Keli, Johor Corporation dan Persatuan Wartawan Bahagian Kuching.
“Banyak undang-undang
berkaitan media yang perlu soalan.
ditambah baik di Malaysia seiring dengan peredaran zaman kini terutamanya isu penyebaran berita palsu,” tegasnya.
Para peserta turut diberikan tugasan untuk proses pemahaman kursus dengan menjawab kuiz sebanyak 25
Hari kedua, seawal jam 9.30 pagi kesemua peserta berkumpul secara dalam talian dan memulakan topik bertajuk Penghinaan Mahkamah dan Privasi oleh penceramah yang sama.
Semua peserta sekali lagi diberikan tugasan berkumpulan
dan membuat pembentangan. Sebelum berakhirnya kursus
tersebut, Salleh mengingatkan peserta supaya sentiasa melaporkan berita yang benar serta tidak berat sebelah.
“Jangan merosakkan reputasi anda dengan membuat tuduhan yang tidak berasas semasa
Boleh pinda lokasi vaksinasi
MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri menyarankan agar guru dan individu yang berumur 50 tahun ke atas menghubungi pihaknya untuk mendapatkan janji temu vaksinasi.
Menteri Bertanggungjawab JPBB Miri, Datuk Lee Kim Shin berkata, ia termasuk mereka yang sudah berdaftar dengan MySejahtera di Bahagian Miri namun belum menerima janji temu.
“Mereka ini diminta berhubung terus dengan JPBB Miri melalui WhatsApp di nombor 011- 59284348 atau 011-59424290.
“Mereka juga perlu menyertakan butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat lengkap untuk tujuan dikoordinasikan oleh JPBB Miri,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kim Shin yang juga Menteri Pengangkutan menambah, bagi penduduk Daerah Miri yang menerima janji temu di luar Daerah Miri dan ingin meminda lokasi PPV, boleh menghubungi nombor yang sama.
“JPBB Miri juga meminta semua ketua kaum membantu mengumpul maklumat berhubung dengan mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas dan menghantar maklumat tersebut ke Pejabat Daerah masing-masing.
“Persatuan yang berdaftar juga diminta untuk menyebarkan maklumat tersebut kepada ahli- ahli,” jelasnya lagi.
Kim Shin yang juga Adun Senadin berkata, bagi mana-mana guru yang belum mendapat vaksinasi boleh hantar maklumat seperti tertera kepada Pejabat Daerah untuk tindakan susulan mendapatkan vaksinasi.
JPBB Miri mengingatkan orang ramai untuk terus berwaspada dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19.
FRANCIS Harden bergambar kenangan bersama-sama wakil NGO yang menerima cek sumbangan masing-masing.
Daftar sebagai pengundi
SIMANGGANG: Adun Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis mengingatkan agar semua Ketua
Isi Rumah (KIR) mendaftar sebagai pemilih.
Menurutnya, terdapat KIR yang dikesan belum bergelar pengundi, maknanya apabila tiba saat pilihan raya nanti mereka tidak dapat menunaikan tanggungjawab masing- masing.
“Justeru itu, saya ingin ingatkan kepada tuai rumah atau kapitan selaku pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) agar memastikan semua KIR mendaftar sebagai pemilih,” katanya.
Bendahari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu berkata demikian
semasa menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada
30 badan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Khidmat Adun Simanggang baru-baru ini.
Jelasnya, sejumlah RM196,000 diagihkan kepada pelbagai NGO seperti JKKK, Biro Wanita serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
“Saya berharap kesemua NGO yang menerima geran sumbangan agar bersikap telus dengan menerangkan kepada rakyat tentang peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan.
“Gunakanlah dana ini sebaik mungkin dengan mengambil kira persetujuan semua pihak.
“Saya mewakili semua berterima kepada Kerajaan GPS yang sentiasa
melihat keperluan masyarakat di luar bandar,” ujarnya.
Mengenai pembukaan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Hospital Sri Aman yang kedua di Dewan Komuniti Taman Harmoni, Harden kagum dengan kerjasama semua agensi
di bahagian ini sehingga wujudnya PKRC itu dalam masa yang singkat.
Beliau turut menyumbang beberapa kelengkapan penting yang diterima oleh Pengarah Hospital Sri Aman Dr Hazwani Mohd Yusop.
“Saya berharap kita semua terus mengamalkan corak kehidupan norma baharu biarpun ramai yang sudah melengkapkan vaksinasi,” katanya.
15