Page 6 - SVA demo
P. 6
6
MenariK
JUMAAT | 25 Jun 2021 | 14 Zulkaedah 1442H
GAYA BERBELANJA BARANG KEMAS MELALUI MEDIA SOSIAL MENINGKAT
Beli emas dalam talian
KAKCHENDDA
KUCHING: Meminati emas lumrah buat wanita dan keinginan wanita untuk bergaya dengan barang kemas tidak dapat disangkal.
Perniagaan emas a antara perniagaan terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tidak dibenarkan beroperasi. Untuk melalui fasa PKP dan menyambung kelangsungan perniagaan, gaya pembelian emas dilihat kini meningkat terutama pembelian dalam talian.
Antara yang mengambil pendekatan itu, KakChendda yang berniaga emas dalam talian dan berkongsi rahsianya, pelaksanaan PKP bukan penghalang baginya mendapatkan pelanggan.
“Tidak dinafikan ketika pandemik Covid-19, orang ramai tidak dibenarkan membeli di kedai malah berhati-hati berbelanja namun masih ramai orang yang
membeli emas dalam talian. “Medium media sosial mempunyai manfaat yang
menarik ramai pelanggan untuk
melihat emas. Apatah lagi proses pembelian dalam talian lebih cepat dan mudah tanpa perlu beratur panjang,” jelasnya.
Walaupun berisiko katanya, bagi penjual emas yang cukup mahir dalam perniagaan ini, KakChendda menegaskan, penjual dan pelanggan pandai membezakan antara emas tulen dengan tiruan.
“Malah untuk emas
terpakai, kami akan melakukan pemeriksaan berulang dan pada masa sama akan menyemak emas tersebut sebelum membuat membeli.
“Kami juga mempunyai prosedur untuk mendapatkan maklumat penjual berdasarkan kad pengenalan mereka.
“Jika emas tersebut bukan milik mereka, kami meminta persetujuan pemilik sebenar dan meminta mereka mengisi borang
persetujuan,” katanya kepada Suara Sarawak, semalam.
Bagi Nur Farhana, 23, sebagai peniaga emas, dia menyambut baik saranan kerajaan untuk kekal duduk di rumah dan melakukan perniagaan dalam talian.
“Seperti kedai emas lain, kami juga ada menyediakan khidmat pembelian dalam talian melalui laman sesawang yang telah disediakan untuk memudahkan pelanggan membeli dengan lebih selesa tanpa perlu bersesak dengan orang ramai.
“Media sosial sangat penting untuk mendapatkan kepercayaan pembeli kerana akan lebih tertarik mengenai harga emas semasa dan reka bentuk barang kemas terkini,” katanya.
Tambah Farhana, semua aktiviti pembelian dalam talian mempunyai risiko terutamanya bagi perniagaan barang kemas yang bernilai tinggi.
“Justeru, saya akan menggunakan laman sesawang dan laman media sosial rasmi
kedai untuk
berurus niaga
dan tidak membenarkan pihak ketiga atau orang tengah
untuk berurusan terutamanya dalam proses pembayaran.
“Seterusnya, pembeli
juga disarankan melakukan kiraan harga sendiri bagi mengelakkan caj tersembunyi yang tidak diketahui,” tambahnya.
Sehubungan itu, ujar Farhana, pembeli perlu menyemak nombor akaun atau nombor telefon penjual melalui memuat naik nombor akaun atau nombor telefon penjual di pautan yang disediakan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID)
iaitu https://ccid.rmp.gov.my/ semakmule.
“Jika terdapat sebarang rekod yang mencurigakan, disarankan pembeli membatalkan sebarang transaksi atau pembelian,” katanya.
Sementara itu, bagi pembeli Nurul Fadzlyn, pembelian emas semakin rancak di media sosial dan ramai orang tidak ketinggalan untuk mendapatkan emas pada masa ini.
“Saya lebih meminati pembelian dalam berbanding masuk ke dalam premis.
“Kita boleh lihat dan memilih (produk) dengan lebih lama. Peniaga tidak payah menunggu dan ini lagi puas hati.
“Kalau hendak tengok selamat atau tidak, kita boleh menyemak ulasan yang boleh dibaca mengenai kedai itu,” katanya.
NUR FARHANA
NURUL FADZLYN
6
Berperang dengan api
| TANIA LAM
suarasarawak.news@gmail.com
KUCHING: Kerjasama masyarakat merupaskan medium paling penting mengatasi kebakaran hutan dan pembakaran terbuka, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Khirudin Drahman.
Menurutnya, tugas bomba
bertindak balas terhadap insiden kebakaran dan orang awam mesti bekerjasama untuk memastikan kes kebakaran hutan dan pembakaran terbuka mencapai tahap minimum.
“Sekarang, sebahagian besar aset, logistik dan sumber daya kita tertumpu pada pusat vaksinasi (PPV), sanitasi dan usaha memerangi Covid-19.
“Sebab itu kita harus mengatasi masalah kebakaran dan pembakaran terbuka sebelum terjadi. Berdasarkan pemerhatian dan catatan setiap tahun, terdapat lonjakan kes dari bulan Mac hingga Jun,” katanya kepada Suara Sarawak.
Sehubungan itu, beliau berkata, intervénsi awal dilakukan dengan mendidik masyarakat untuk bersama agensi penguat kuasa mencegahnya.
Katanya, pada awal Januari tahun ini, pasukan bomba Sarawak memulakan usaha advokasi dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB).
“Biasanya, sebelum musim kemarau, kami melakukan banyak program dengan penduduk setempa seperti mewujudkan penglibatan dalam kalangan masyarakat untuk turut serta dalam program pencegahan ini.
“Selain itu, kami juga melakukan pemantauan menggunakan dron untuk memantau kawasan yang menggunakan pengimejan inframerah.
“Bahkan pada waktu malam, kami melakukan pengawasan untuk memastikan orang tidak melakukan kebakaran pada waktu petang dan malam,” tambah Khirudin.
KHIRUDIN DRAHMAN
Ujarnya, usaha pemantauan masa ini telah membantu mengurangkan jumlah kes pembakaran terbuka.
Khirudin menegaskan, bomba Sarawak merancang untuk melakukan operasi pemantauan dengan agensi lain yang berkaitan termasuk pemilik ladang.
“Selama musim kemarau, upaya pemantauan ditingkatkan dan rondaan juga dilakukan di kawasan yang berpotensi lebih tinggi untuk insiden kebakaran,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, beliau berkongsi bahawa sejak 23 Jun, terdapat 499 kes pembakaran terbuka tahun ini iaitu 18 kes melibatkan ladang atau kebun, 30 hutan, 343 melibatkan kawasan semak atau padang rumput dan 108 merupakan kes pembakaran sampah.
Menurutnya juga, tahun lalu hingga bulan Jun, terdapat 446 kes bagi pembakaran terbuka
manakala pada 2019 hingga bulan Jun, terdapat 992 kes.
Jumlah pembakaran terbuka tahun lalu sebanyak 709 kes sementara 2019 mencatatkan sejumlah 2,268 kes, yang tertinggi dalam tempoh lima tahun.
“Pada peringkat awal pandemik Covid-19 ketika
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan di Sarawak dari Mac hingga Jun tahun lalu, jumlah kebakaran melibatkan hutan kecil, kebun baru, ladang
dan kawasan semak hampir sifar,” katanya.
Dalam perkembangan
lain, Khirudin berkata, aktiviti pembakaran yang ditetapkan oleh syarikat besar dilakukan dalam keadaan terkawal seperti yang ditentukan oleh pihak berkuasa.
“Pembakaran yang ditentukan bermaksud mereka dibenarkan untuk melakukan kegiatan pembakaran ini, dengan syarat mereka mempunyai pam, bekalan air dan kakitangan untuk mengawal api sebelum kedatangan kami sekiranya ia merebak,” jelasnya.
Katanya, penentuan kawasan untuk pembakaran yang ditentukan bergantung pada keadaan semasa pada hari tersebut.
“Mereka perlu memastikan angin bertiup ke arah hutan dan asap tidak menuju kawasan penempatan penduduk,” katanya.