Page 9 - SVA demo
P. 9

JUMAAT | 25 Jun 2021 | 14 Zulkaedah 1442H
analisis
9
Lindungi dan didik anak-anak
suarasarawak.news@gmail.com
INGIN bebas daripada kongkongan keluarga dan penjaga adalah antara faktor utama kanak-kanak dan remaja di negara ini lari dari rumah.
Itu statistik laporan kes kehilangan yang diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2019 yang diumumkan tahun lalu.
Malah, daripada 1,302 kes yang diterima, 662 daripadanya melibatkan remaja dalam lingkungan usia semuda 12 hingga 15 tahun. Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Asisten Komisioner Choo Lily, selain keinginan mencari kebebasan, punca
lain adalah mengikut rakan sebaya iaitu mencatatkan 184 kes dan masalah keluarga 170 kes.
“Ada juga yang dilaporkan hilang kerana mengikut kekasih, mengikut sama ada
ibu atau bapa yang bercerai, tidak minat belajar serta mencari kerja pada usia yang muda,” katanya dalam satu wawancara khas bersama Bernama tahun lalu.
Berdasarkan statistik daripada jumlah keseluruhan 1,302 kes yang dilaporkan, 1,186 orang sudah ditemui, manakala yang lain
kerana sudah selesa dengan kehidupan dan pekerjaan mereka.
Selain itu, Choo berkata, Johor mencatatkan kes kanak-kanak dan remaja hilang tertinggi iaitu 193 orang, diikuti Selangor (189), Sabah (182) dan Sarawak (115). Ya, negeri ini berada di tangga ketiga tertinggi kes lari dari rumah.
Malah, pada 15 Jun lalu seluruh Sarawak gempar dengan kehilangan remaja berusia 14 tahun, Nur Afiqah Aina Mohd Rafik. Kehilangan tersebut menjadi viral di media sosial dengan orang ramai menyebarkan maklumat di media sosial untuk mencarinya ahli keluarga terdekat, ibu dan bapa mencari Aina.
Akhirnya, selepas sembilan hari hilang, Aina berjaya ditemui dalam keadaan selamat pada Rabu di sebuah pasar raya ketika hendak membeli kad sim telefon bimbit hasil maklumat awam.
Hasil siasatan lanjut pihak Polis mendapati Aina melarikan diri dari rumah dan mengikut seorang lelaki berusia 20 tahun dipercayai teman lelakinya kerana mempunyai masalah dengan keluarga.
Kes ini mengingatkan penulis dengan cabaran tempoh peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa kerana fasa ini merupakan proses kematangan.
Seperti remaja lain, penulis juga pernah melalui pengalaman ini. Banyak kisah pahit manis berlaku kerana usia yang belum
kebanyakan remaja sukar dikawal, mereka sedang mengenal dunia luar dan mudah terpengaruh kerana sedang mengalami perubahan emosi, psikologi dan sosial seiring dengan perubahan fizikal akil baligh.
Bagaimanapun, perubahan ini tidak sama bagi semua remaja seperti cara memberi respons kepada keluarga atau rakan-rakan dan cara memandang diri sendiri.
Ramai remaja mengalami perubahan emosi, keresahan, kekeliruan, sensitif dan perasaan seksual terhadap berlainan jantina. Sebaliknya, tidak semua perubahan emosi akil baligh berkaitan dengan pemikiran negatif atau rasa kecewa.
Walaupun perubahan emosi adalah sebahagian daripada akil baligh, adalah penting untuk mendapatkan bantuan perubatan jika berlaku perubahan emosi yang luar biasa, menjejaskan fungsi seharian, atau menghasilkan pemikiran yang boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain.
Justeru, apa yang penting ketika usia ini ialah didikan ibu bapa serta sokongan ahli keluarga. Tetapi pada zaman era digital ini, usaha mendidik serta mengasuh anak tidak mudah dan semakin mencabar.
Setiap pilihan dan keputusan
dibuat hendaklah rasional, berpaksikan tanggungjawab dan saling menghormati kerana ia menjadi titik penting dalam membentuk modal insan cemerlang.
Ia membawa tiga makna iaitu melindungi,
Asuhan Ibu Bapa Remaja Terhadap Tingkah Laku yang dijalankan Mohd Sofie Bahari dan Profesor Madya Dr Azizi Yahaya dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia mendapati bahawa komunikasi baik antara ibu bapa dengan anak turut membantu mewujudkan suasana keluarga bahagia serta remaja bersikap positif.
Berbeza dengan ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan mengawal, tetapi kurang bertanggungjawab. Anak-anak yang dibentuk dengan asuhan ini cenderung berfikiran negatif, sering memberontak, pendendam, kerap bimbang, cemas, khuatir, pendiam, pemalu, mempunyai konsep kendiri rendah dan kurang motivasi untuk berdikari.
Paling utama mereka mudah bermusuhan sekiranya dikecewakan, keadaan ini secara tidak langsung mewujudkan persekitaran tidak sihat kepada perkembangan kendiri remaja, sekali gus mendedahkan kepada pelbagai gejala yang tidak sihat.
Sehubungan itu, tanganilah ragam anak remaja dengan bijak untuk menilai kesan
dan reaksi anak terhadap nasihat, teguran, hukuman mahupun contoh yang dipamerkan.
Kenali bayang anak dan perbanyakkan komunikasi. Bekalkan mereka dengan ilmu kehidupan, agama, batas pergaulan terutama melibatkan rakan berlainan jantina, apa yang baik dan buruk.
Berilah mereka sedikit ruang untuk membuat keputusan sendiri tanpa terlalu
masih berstatus hilang.
Jelasnya lagi, terdapat remaja yang
dilaporkan hilang namun apabila ditemukan mereka enggan pulang ke pangkuan keluarga
matang, tidak kurang juga pernah terlibat dalam aktiviti tidak sihat. Namun semua pengalaman itu telah mematangkan penulis dalam mencari kehidupan sebenar.
Seperti kita tahu, pada usia ini
mendidik dan membesarkan anak merangkumi setiap sudut keperluan termasuk fizikal, emosi, intelek, perlindungan dan spiritual.
Malah hasil kajian tempatan bertajuk Gaya
mengongkong. Kenali rakan anak dan hormati mereka. Paling penting, berikan sedikit kuasa kepada anak menentukan aktiviti bersama-sama rakan, asalkan mereka sentiasa berterus terang.
SISWAZAH dalam bidang perguruan kini boleh menarik nafas lega, kerana adanya sinar dan harapan baharu.
Baru-baru ini Menteri Pendidikan,
Datuk Dr. Radzi Jidin menjelaskan bahawa kementeriannya akan membuat pengambilan khas guru untuk mengisi kekosongan guru yang dihadapi di seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.
Selain itu, pengambilan khas ini juga akan membabitkan pengambilan sejumlah 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41.
Iklan pengambilan khas guru ini juga akan disiarkan pada 7 Julai depan, manakala penempatan secara berperingkat-peringkat akan bermula pada Oktober depan.
Dalam hal berkaitan, usaha berkenaan adalah perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pelan Pemulihan Negara. Sehubungan itu, Suara Sarawak sempat meminta pandangan dan komen siswazah yang mempunyai latar belakang pendidikan berhubung isi ini.
Rata-ratanya ingin KPM dan Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan (SPP) memberi keutamaan kepada mereka kerana sudah mempunyai kemahiran dalam pengajaran mikro dan pedagogi.
Bagaimanapun, terdapat juga siswazah dari bidang lain yang meminati bidang pendidikan mengharapkan peluang dibuka kepada mereka kerana dengan latar belakang yang berbeza pasti dapat memberikan corak warna kepada dunia pendidikan negara.
Apa yang menjadi kebimbangan ketika ini, masyarakat tidak mahu mereka yang memohon dan terpilih nanti ‘tiada jiwa’ dalam mendidik kerana perkara itu sangat penting. Mereka juga tidak mahu siswazah hanya ingin keluar dari kelompok pengangguran sahaja tetapi bukan benar-benar ingin menabur bakti kepada pendidikan negara.
Tidak dinafikan keikhlasan dalam membuat satu pekerjaan sangat penting apa lagi dalam bidang perguruan yang tugasnya memang untuk mendidik. Jika dilakukan secara terpaksa sudah pasti yang menjadi mangsa nanti ialah pelajar.
Pengumuman yang dibuat oleh Dr. Jidin ini juga mendapat perhatian daripada pelbagai pertubuhan yang berkaitan perguruan seperti Kesatuan Guru Sarawak (STU).
Mereka meminta agar KPM dan SPP dapat menyediakan garis panduan permohonan dengan jelas untuk
Pengambilan Khas Guru akan dibuka mulai 7 Julai depan.
Presidennya Adam Prakash Abdullah berkata, STU menerima baik pengumuman tersebut dan berharap agar garis panduan permohonan dapat disediakan kerana ia sangat penting untuk memastikan tiada calon yang tersingkir semasa pemilihan disebabkan perkara berkenaan.
STU juga memohon agar keutamaan dapat diberikan kepada siswazah dari Sarawak untuk berkhidmat di negeri ini supaya memudahkan penempatan guru ke sekolah nanti.
Apa yang dikatakan beliau ini penting kerana Sarawak mempunyai kekurangan 3,000 orang guru.
Sudah pasti kekosongan itu perlu diberikan kepada anak-anak tempatan Sarawak. Selain daripada memudahkan penempatan mereka juga lebih memahami geografi negeri ini. Tidak semua sekolah berada di kawasan bandar.
Jika kekosongan ini dapat diisi oleh anak-anak Sarawak sudah pasti kadar pengangguran dalam kalangan siswazah bidang perguruan juga dapat dikurangkan. Jadi KPM perlu membuat pertimbangan yang baik berhubung perkara ini.
Bukan sahaja STU tetapi Cuepacs Negeri Sarawak (CNS) juga melontarkan pendapat dan mereka bersetuju bahawa KPM dan
SPP perlu memberikan keutamaan kepada siswazah yang mempunyai latar belakang pendidikan dalam Pengambilan Khas Guru.
Pemangku Pengerusi Cuepacs Negeri Sarawak (CNS) Omar Bahrein Unin berkata, peluang patut diberikan kepada siswazah Sarawak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) terlebih dahulu kerana mereka sudah mempunyai kelayakan yang sesuai untuk menjadi guru.
Menurutnya, ketika ini juga Sarawak mempunyai lebih daripada 600 siswazah yang belum mendapatkan peluang pekerjaan.
Jika mereka diberikan peluang ia akan membantu dari segi penempatan guru ke seluruh kawasan di negeri ini.
Yang pasti, tidak kira siapa yang akan dipilih untuk berkhidmat dalam bidang pendidikan nanti mereka perlu ikhlas dan sentiasa membuka hati walaupun dihantar ke mana-mana tempat, sama ada bandar, luar bandar atau pedalaman.
Apabila sudah diberikan tanggungjawab kita perlu menjalankannya dengan baik tanpa terpaksa. Sebagai guru mereka bertanggungjawab untuk mendidik dan mencorak masa hadapan anak bangsa.
Oleh itu, sebelum memohon kekosongan mereka perlu memperbetul niat, sekali gus memastikan mereka benar-benar bersedia untuk bergelar pendidik.
Utamakan siswazah pendidikan
9


































































































   7   8   9   10   11