Page 145 - Annual Report UKM 2019
P. 145
Yuran pengajian adalah penyumbang utama dalam penjanaan sumber dalaman tahun 2018 iaitu sebanyak RM143.17 juta (RM61.33 juta adalah hasil yuran prasiswazah dan RM81.84 juta adalah hasil yuran pascasiswazah). Peningkatan hasil yuran adalah sebanyak 5.5% (RM7.49 juta) berbanding tahun 2017. Kenaikan hasil yuran adalah daripada pengambilan pelajar program antarabangsa (pelajar yang membayar yuran penuh) dilihat membawa impak positif dalam meningkatkan usaha penjanaan di UKM. Pengambilan pelajar program antarabangsa ini memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk menyambung pengajian di UKM dengan mengekalkan jumlah pengambilan pelajar bagi program arus perdana.
Perkhidmatan hospital adalah penyumbang kedua terbesar penjanaan (RM 89.94 juta), diikuti pelaburan (RM47.15 juta), pendapatan penyelidikan (RM45.18 juta), sumbangan dan penajaan lain (RM33.51 juta), hasil barang dan perkhidmatan (RM21.65 juta), hasil sewaan (RM19.23 juta), yuran penginapan (RM15.64 juta), dan pendapatan lain (RM17.98 juta).
INISIATIF STRATEGIK PENJANAAN
UKM meneruskan usaha meningkatkan penjanaan dengan terus mengukuhkan inisiatif strategik yang sedia dilaksanakan. Disamping itu, amalan pengurusan kewangan yang baik diteruskan melalui perbelanjaan berhemah dan peningkatan kecekapan pengurusan oleh PTj menggunakan aset dan sumber sedia ada secara optimum.
Antara inisiatif penjanaan yang dilaksanakan adalah semakan kadar caj di HCTM (meningkat RM25.92 juta berbanding 2017), peningkatan usaha memperoleh dana penyelidikan dalam dan luar negara (meningkat RM12.86 juta berbanding 2017), dan penambahan pengambilan pelajar dan pengoptimuman yuran (meningkat RM7.49 juta berbanding 2017).
Usaha menggerakkan inisiatif pemerkasaan endowmen dan penjanaan kepada UKM terus digerakkan melalui 3P (Program, Pakar dan Prasarana). Inisiatif ini dilaksanakan bersama-sama PTj melalui rangkaian jaringan yang dijalinkan dengan pihak Kementerian, badan korporat tempatan dan antarabangsa serta kelompok alumni UKM dan individu perseorangan. Sepanjang 2018, UKM telah berjaya memperoleh sumbangan dan penajaan berjumlah RM23.95 juta dari pelbagai pihak.
Sehingga 31 Disember 2018, dana endowmen terkumpul berjumlah RM75.44 juta bagi semua Kursi Kecemerlangan dan Dana Endowmen (Jadual 1). Berbanding 2017, jumlah terkumpul telah berjaya ditingkatkan sebanyak RM3.79 juta.
Senarai Kursi/Dana Endowmen
Kursi/Dana Endowmen
Kursi Pembangunan Lestari UKM-YSD
Kursi Endowmen MPOB-UKM
Dana Endowmen RHB-UKM
Dana Endowmen Yayasan Canselor
Kursi Tun Ismail Mohamed Ali
Kursi Syeikh Abdullah Fahim
Kursi Perubahan Iklim UKM UKM-YSD
Kursi Kepimpinan Wanita
Kursi Pok Rafeah
Dana Endowmen Kaneka Corp.
Dana Endowmen Nippon Foundation
Kursi Ulung Tun Abdul Razak
Dana Endowmen Tengku Ampuan Afzan
Kursi Tan Sri Noah
Kursi Ekonomi Tengku Razaleigh
Amaun (RM Juta)
16.13
15.44
8.78
8.22
5.92
5.76
5.66
2.76
2.69
1.16
1.05
0.91
0.70
0.21
0.06
143
Selaras dengan usaha UKM menjaga dan meningkatkan kebajikan pelajar serta keseluruhan warga Universiti secara amnya, Dana Wakaf Ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia (DWIUKM) telah diwujudkan hasil pemeteraian kerjasama dengan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Program DWIUKM ini merupakan inisiatif penjanaan dana menggunakan kaedah wakaf bagi mewujudkan sumber kewangan jangka panjang dan lestari dalam memenuhi keperluan aktiviti akademik, prasarana Universiti dan khidmat masyarakat setempat.
Selain program DWIUKM kebajikan pelajar dan warga UKM juga dijaga melalui pengagihan kutipan Zakat dengan kerjasama Pusat Zakat Selangor. Pada 2018 kutipan sebanyak RM13.09 juta telah berjaya dikumpul dan sejumlah RM6.43 juta telah diagihkan kepada 6843 penerima yang layak.
Inisiatif UKM menggalakkan pelaksanaan aktiviti Pendanaan Khalayak (crowdfunding) dilaksanakan dengan mewujudkan platform rasmi (Portal Give2UKM). Selain memudahkan para alumni UKM, orang awam dan korporat untuk memberi sumbangan kepada UKM melalui perbankan atas talian, ia turut memudah cara proses governan terhadap pengurusan tabung/akaun dalam merealisasikan pelaksanaan program bersifat kebajikan dan pembangunan infrastruktur. Bagi tahun 2018, alumni UKM telah menyumbang sebanyak RM354,398 dan sumbangan ini sebahagian besar disalurkan bagi penajaan program pelajar dan juga infrastruktur pengajaran.
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA