Page 152 - Annual Report UKM 2019
P. 152

 150
PRASARANA DAN PERSEKITARAN ILMU YANG KONDUSIF
NAIK TARAF
Wad Eksekutif HCTM
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM merupakan hospital pengajar universiti awam pertama di Malaysia yang memiliki Wad Eksekutif. Projek naik taraf yang bermula pada tahun 2017 menyediakan kemudahan sebanyak 17 unit katil. Kemudahan yang lebih selesa dan sangat kondusif kepada warga kerja UKM. Pelaksanaan projek naik taraf ini telah memberi impak kepada penjanaan pendapatan dan peningkatan kemudahan yang berkualiti.
   Kolej Premier Kolej Ibu Zain (KIZ)
Proses transformasi menyeluruh infrastruktur Kolej Ibu Zain menjadi kolej premier yang pertama dalam kalangan Universiti Awam menyediakan kemudahan yang eksklusif kepada mahasiswa. Bersesuaian dengan moto KIZ iaitu ‘menikmati kehidupan lestari’ menyediakan kemudahan seperti berikut:
      8 BLOK PENGINAPAN
 08
           1 DEWAN SUTERA (KAPASITI 600 ORANG)
  01
          2 BILIK SEMINAR
02
            1 SURAU
01
        2 BILIK AKTIVITI
 02
           1 GELANGGANG FUTSAL
 01
        2 BILIK MESYUARAT
 02
         LAPORAN TAHUNAN 2018













































































   150   151   152   153   154