Page 44 - Annual Report UKM 2019
P. 44
042
AKADEMIK DAN PELAJAR
STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematic)
Dalam aspek pembangunan modal insan negara, UKM telah mengeluarkan seramai 3,299 orang graduan pada tahun 2018 berbanding 3,584 orang pada tahun sebelumnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Keperluan STEM adalah sejajar dengan Dasar Pendidikan dan Kurikulum Pembelajaran untuk meningkatkan daya saing terutama dalam sains dan teknologi kepada graduan sekaligus membuka peluang pekerjaan dalam bidang tersebut.
Graduan Cemerlang
66 ORANG
TAHUN 2017
PHD - GOT
83 ORANG
TAHUN 2018
Bagi graduan Sarjana Muda, seramai 446 orang daripada 4,079 graduan telah menamatkan pengajian dengan Cemerlang (PNGK 3.67 ke atas) pada Majlis Konvokesyen ke-46 Tahun 2018. Terdapat peningkatan sebanyak 29% graduan cemerlang berbanding tahun 2017 dengan penggunaan media teknologi dalam pembelajaran, di samping kemudahan infrastuktur sedia ada yang kondusif serta tenaga pengajar yang berkualiti.
SARJANA MUDA TAMAT DENGAN CEMERLANG 345 446
TAHUN 2017 TAHUN 2018
Pada Majlis Konvokesyen ke-46 tahun 2018, seramai 83 orang daripada 571 graduan Doktor Falsafah/ Kedoktoran telah berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh 7 semester atau 42 bulan dari tarikh mula mendaftar di Universiti (graduate on time – GOT). Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 26% graduan GOT berbanding dengan tahun 2017.
LAPORAN TAHUNAN 2018