Page 53 - Annual Report UKM 2019
P. 53

 PUSAT PERMATApintar® NEGARA
Pusat PERMATApintar® Negara UKM merupakan pusat yang bertanggungjawab menyediakan pendidikan untuk pelajar pintar dan berbakat dari seluruh Malaysia. Pusat ini menyediakan empat bentuk aktiviti pendidikan pintar dan berbakat iaitu
i) Pencarian dan Pengurusan Bakat,
ii) Program Perkhemahan Cuti Sekolah,
iii) Pendidikan Menengah Rendah dan Tinggi melalui Kolej PERMATApintar,dan
iv) Program ASASIpintar.
Aktiviti tersebut dijalankan bagi melatih pelajar dalam pembentukan modal insan.
Pusat ini juga dijadikan pelopor dalam menyemarakkan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan penyelidikan dalam kalangan pelajar.
98 (54%)
167 (90%)
Rajah 1 – Perbandingan lepasan pelajar Program ASASIpintar ke UKM untuk tahun 2017 dan 2018
Rajah 1 menunjukkan perbandingan lepasan pelajar Program ASASIpintar yang memasuki UKM bagi tahun 2017 dan 2018. Pada 2018, bilangan pelajar lepasan Program ASASIpintar ke UKM makin bertambah daripada 98 (2017) pelajar kepada 167 (2018) pelajar dengan peningkatan seramai 69 pelajar.
Pusat ini menjadi salah satu sumber pengambilan pelajar berprestasi tinggi ke program ijazah pertama di UKM melalui program prauniversiti yang dinamakan Program ASASIpintar.
051
     Bilangan lepasan pelajar ASASIpintar ke UKM
2017 2018
     UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


















































































   51   52   53   54   55