Page 68 - Annual Report UKM 2019
P. 68

 066
PENYELIDIKAN DAN INOVASI BERIMPAK TINGGI PEMERKASAAN B40 “
  Cabaran Perdana Pemerkasaan B40 juga merupakan salah satu Cabaran Perdana yang juga turut menjalankan penyelidikan bersama-sama pihak berkepentingan. Antaranya ialah mengadakan pertemuan dan perbincangan tentang penawaran kerjasama penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia bagi menyelesaikan isuisu kos sara hidup negara. Justeru pada 12 Mac 2018 telah diadakan perbincangan bersama Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Basaruddin Sadali di Pejabat TKSU KPDNKK. Perbincangan dihadiri oleh Pengarah Pusat IDEA Prof. Ir. Dr. Mohd Sobri Takriff, Prof. Dr. Rozmi Ismail, Prof. Dr. Azuraliza ABu Bakar, PM Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi, PM Dr Abdul Hair Awang bagi membincangkan perkongsian kepakaran penyelidikan UKM terhadap enam (6) kluster yang diberikan penekanan oleh Majlis Tindakan Sara Hidup Negara.
Pertemuan dan perbincangan tentang penawaran kerjasama penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia bagi menyelesaikan isu- isu kos sara hidup negara.
      Pada 9 Julai 2018, Cabaran Perdana Pemerkasaan B40 telah mengadakan Bengkel Konsortium Penyelidikan B40 yang julung-julung kali diadakan di UKM. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Mohd Ekhwan Toriman di Bangi Putrajaya Hotel.
Beberapa wakil pihak-pihak berkepentingan telah turut hadir antaranya World Bank , Yayasan Sime Darby, ISM, IDR Perak, JAKOA HQ, MCM GreenMan Group dan penyelidik UKM dari pelbagai Pusat Tanggungjawab di UKM.
  LAPORAN TAHUNAN 2018
“



























































































   66   67   68   69   70