Page 71 - Annual Report UKM 2019
P. 71

 069
 Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)
Penyelidikan ini menghasilkan sejenis penapis yang dapat meniru fungsi buah pinggang dengan mengaplikasikan teknologi nano sepenuhnya. Sekeping silikon yang memiliki liang-liang halus, konsep yang cuba diterapkan menerusi inovasi tersebut adalah bagi menapis bahan kumuh dan mengeluarkannya daripada badan. Berbanding penggunaan mesin dialisis biasa, pesakit yang menjalani proses dialisis akan mudah penat dan tidak bermaya kerana mesin tersebut menapis dan mengasingkan segala bahan sama ada yang tidak diperlukan mahupun yang diperlukan tubuh sebagai bahan buangan. Dikenali sebagai lapisan penapis membran nano, inovasi tersebut berfungsi membantu pesakit buah pinggang melakukan dialisis secara berterusan, setiap hari tanpa perlu bergantung kepada mesin.
Penggunaan penderia berasaskan Pemesinan Mikro (MEMS) untuk mengukur kualiti darah juga akan digunakan.Kajian tersebut bakal menawarkan pesakit buah pinggang kronik proses dialisis berterusan. Seterusnya memiliki kawalan automatik dan pengukuran yang lebih selamat hanya menerusi telefon bimbit mahupun tablet. Inovasi tersebut juga dapat memperbaiki kesihatan dan jangka hayat seseorang, mengurangkan aktiviti rawatan serta kos perubatan juga dijangka dapat dikurangkan. BIOBANK HCTM-UMBI
“Penggunaan penderia berasaskan Pemesinan Mikro (MEMS) untuk mengukur kualiti darah juga akan digunakan.Kajian tersebut bakal menawarkan pesakit buah pinggang kronik proses dialisis berterusan. Seterusnya memiliki kawalan automatik dan pengukuran yang lebih selamat hanya menerusi telefon bimbit mahupun tablet.
     UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
“




























































































   69   70   71   72   73