Page 75 - Annual Report UKM 2019
P. 75

 073
 UKM-IIC2018
UKM-IIC2018 merupakan penganjuran persidangan antarabangsa berskala besar dengan menghimpunkan pelbagai persidangan dari bebagai bidang penyelidikan di bawah satu payung. UKM-IIC2018 telah menjadi salah satu ikon utama UKM dalam usaha untuk menjadi platform bagi menggalakkan perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang penyelidikan yang merentasi sempadan. Penganjuran UKM-IIC2018 melibatkan 16 persidangan antarabangsa dengan penyertaan seramai 1500 peserta dari dalam dan luar negara.
Bertemakan Inclusivity and Sustainability In The Era of The Fourth Industrial Revolution, UKM-IIC2018 memberi peluang dan ruang kepada penyelidik UKM untuk mengenengahkan idea dalam penghasilan penyelidikan dan produk yang berpotensi untuk tujuan pengkomersialan. Di samping itu, persidangan ini diharap dapat menghasilkan penyelidikan yang menyumbang kepada pembangunan teknologi baru seiring dengan era revolusi industri 4.0 (4IR). UKM- IIC2018 mengangkat tujuh (7) Cabaran Perdana UKM untuk dijadikan subjek penyelidikan iaitu Malaysia Sihat Sejahtera, Islam Kontemporari, Akal Budi Melayu, Pemerkasaan B40, Malaysia Lestari, Pengukuhan STEM dan Integrasi ASEAN.
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar AlHaj dan Prof. Dr. Peter Robinson (Professor of Computer Technology, University of Cambridge) merupakan dua tokoh pengucaptama tersohor yang dijemput menyampaikan ucaptama pada UKM-IIC2018. Selain itu, UKM-IIC2018 turut menampilkan kelainan dengan mengadakan pelbagai sesi ilmu seperti sesi forum, sesi perkongsian ilmu, sesi ulasan buku dan pameran penyelidikan gabungan dari pelbagai cabang ilmu termasuk ahli akademik, ahli korporat, usahawan dan penerbit filem. Majlis perasmian UKM-IIC2018 telah disempurnakan oleh YAM Tunku Laxamana Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar, Pro-Canselor UKM.
    UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA





























































































   73   74   75   76   77