Page 1 - Minit Mesyuarat PI kali ke-4
P. 1
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 4/2016
SMK MATANG, 34750 MATANG, PERAK
Tarikh : 22 November 2016
Masa : 1.00 tengahari
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : Ustaz Ahmadan bin Ghazali
Kehadiran : Ustaz Ahmadan bin Ghazali
Ustaz Ahmad Zaki bin Abdul Rahman
Ustazah Nur Zuriati binti Othman
Ustazah Hamimah binti Aziz
Agenda 1 : Ucapan Pengerusi
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru Pendidikan Islam ke mesyuarat panitia kali
ke-4 bagi tahun 2016.
Agenda 2: Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia bil 3/2016
2.1 Membentangkan minit mesyuarat kali ketiga 2016.
Minit mesyuarat tersebut disahkan oleh Ustazah Hamimah binti Aziz dan disokong oleh
Ustaz Zaki bin Abdul Rahman.
Agenda 3: Perkara Berbangkit
3.1 Program yang belum dilaksanakan.
3.2 Pembelian alatan BBM.
3.3 Bahan cetakan, kertas dan dakwat.
Tindakan : Ketua Panitia dan Guru Pendidikan Islam