Page 43 - ebook_UMP25
P. 43
Teras 2C:
Pengkomersialan Produk dan
Perkhidmatan Teknikal
Pengkomersialan produk merujuk kepada aktiviti kejuruteraan dan teknologi yang akhirnya menghasilkan produk berasaskan teknologi yang boleh diterima dalam pasaran terbuka. Pembangunan perkhidmatan pula merujuk kepada perkhidmatan perundingan yang memerlukan kepakaran berasaskan kejuruteraan dan teknologi yang boleh diterima dalam pasaran terbuka. Produk dan perkhidmatan berasaskan teknikal, produk dan perkhidmatan pengurusan dan sains sosial juga diambil kira sebagai melengkapi ekosistem perkhidmatan. Pengukuran keberhasilan teras ini dibuat melalui dua (2) petunjuk prestasi utama.
1 Syarikat keusahawanan staf akademik yang membina dan memasarkan produk buatan UMP (Teknousahawan); dan
2 Syarikat keusahawanan staf akademik yang menawarkan perkhidmatan kepakaran kepada industri.
UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
PPU2C(1): Syarikat keusahawanan staf akademik yang membina dan memasarkan produk buatan UMP berteraskan teknologi (Teknousahawan)
Staf akademik yang mempunyai kepakaran E-PITIS (Expertise - Product, Innovation, Technology, Intellectual Property and Services) tertentu disarankan untuk membina produk berasaskan teknologi. Setelah produk berjaya dibina, mereka digalakkan untuk menjadi usahawan dan mengkomersialkan hasil pembangunan produk. Aktiviti pengkomersialan boleh dilaksanakan bersama industri berkaitan yang akan berkongsi hasilnya bersama UMP.
Sasaran adalah bilangan syarikat keusahawanan staf akademik memasarkan produk buatan UMP
PPPU2C(2): Syarikat keusahawanan staf akademik yang menawarkan perkhidmatan kepakaran kepada industri
Staf akademik yang mempunyai kepakaran tertentu disarankan untuk menawarkan perkhidmatan berasaskan kepakaran yang dimiliki. Mereka digalakkan untuk menjadi usahawan dan menawarkan perkhidmatan perundingan pada pasaran terbuka terutamanya industri. Akhirnya, hasil perundingan akan dikongsi bersama UMP.
Sasaran adalah bilangan syarikat keusahawanan staf akademik menawarkan perkhidmatan kepada industri 43