Page 50 - Tinta Aksara 2021
P. 50
Kehidupan Remaja
Aniq Rifqy Bin Mahadhir (204) Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
Dengarlah luahan hati remaja Anak-anak yang meningkat dewasa
Dalam hati banyak dirasa
Di luar kurang menunjuknya.
Kadang-kala mereka boleh sesat Mereka perlukan banyak nasihat
Setiap kali menerima nasihat Kematangan mereka meningkat.
Konon masalah punca remaja Sekarang ini kisahnya sama
Walaupun mereka nampak berbeza Hakikatnya mereka masih remaja.
Biarpun rapat dengan rakanmu Jangan lupa yang membesarkanmu
Ibu bapa berkorban banyak untukmu Janganlah lupa kerana egomu.
Ilmu ugama jangan dilupa
Jangan beri alasan kurang masa
Ingatlah pada Yang Maha Esa Agar hidup berkat sentiasa.
Duhai remaja ingat pesanan Hidup ini satu perjalanan
Jangan pilih salah jalan
Agar hidup tiada penyesalan.
48