Page 139 - Annual Report UKM 2019
P. 139
Pembangunan Kepimpinan dan Keterampilan
Perkongsian ilmu sentiasa menjadi salah satu wahana penyebaran dan pengembangan pengetahuan di UKM melalui penyertaan dan penglibatan staf dalam program seperti seminar, persidangan, bengkel, dan cuti belajar. Mutakhir ini pelantar lain turut dipertingkatkan dengan penawaran ruang dan peluang baharu bagi staf kumpulan akademik dan staf kumpulan P&P menerusi program:
i.
Sangkutan Industri
ii.
Sangkutan Penyelidikan/ Klinikal/Pengurusan
iv.
Kolokium P&P
v.
Pembentangan di Persidangan/Seminar/
Program sangkutan industri untuk staf P&P adalah satu siri program pembangunan staf melalui perpindahan ilmu yang dapat meningkat dan mengukuh kompetensi staf UKM. Penglibatan staf P&P dalam program sangkutan dapat memberikan mereka pendedahan kepada ilmu baharu dalam perkhidmatan, proses kerja, sistem, struktur organisasi, nilai baharu dan transformasi yang dapat menyokong pencapaian matlamat strategik UKM.
Organisasi Penempatan Sangkutan Industri Staf Pengurusan & Profesional
Agensi penempatan yang terlibat dalam program Sangkutan Industri tempatan:
1. CIMB Group; 2. PLUS Malaysia; 3. Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB);
4. CCM Pharmaceuticals Sdn. Bhd.; 5. Jabatan Perdana Menteri (JPM);
6. Jabatan Peguam Negara; 7. Hospital Kuala Lumpur; 8. Pusat Perubatan Universiti Malaya.
137
iii. Bengkel dalam dan luar negara.
Sangkutan Dalaman
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA