Page 148 - Annual Report UKM 2019
P. 148
146
PRASARANA DAN PERSEKITARAN ILMU YANG KONDUSIF
“ Aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
penyelidikan dan inovasi serta khidmat masyarakat yang berkualiti untuk memenuhi keperluan pelanggan seharusnya disokong oleh prasarana dan persekitaran yang kondusif. UKM sebagai Universiti Penyelidikan terkehadapan sentiasa merancang dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan fizikal dan pembangunan teknologi secara maya dari semasa ke semasa selaras dengan Revolusi Industri 4.0 (4IR). Justeru, tahun 2018 telah berjaya menyempurnakan beberapa projek baharu dan naik taraf seperti yang terkandung dalam RMK-11.
PRASARANA PENYELIDIKAN
UKMSC Gamma Knife Centre
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui UKM Specialist Centre adalah agensi kerajaan pertama memiliki pusat rawatan barah dan ketumbuhan otak berteknologi tinggi iaitu Gamma Knife Centre yang telah dibina di Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Pusat rawatan radiosurgery itu akan memberi manfaat kepada pesakit yang mempunyai ketumbuhan barah dalam otak. Pesakit hanya perlu melakukan rawatan sinaran radiasi Gamma Knife yang memberi tumpuan khusus kepada rawatan tisu otak yang bermasalah tanpa menjejaskan tisu di kawasan lain. Kaedah rawatan ini dapat mengurangkan trauma kepada otak dan mengurangkan risiko. Kaedah rawatan ini juga menjimatkan kos kewangan pesakit dan memendekkan masa rawatan.
LAPORAN TAHUNAN 2018
“