Page 157 - Annual Report UKM 2019
P. 157

 Gerbang Warga
Gerbang Warga merupakan aplikasi web yang menggabungkan semua aplikasi web Sistem Maklumat Universiti (SMU) ke dalam satu portal melalui capaian satu id (Single Sign On). Ia telah mula digunakan pada 24 September 2018.
Melalui Gerbang Warga, staf dan pelajar boleh melihat maklumat profil individu dan dashboard berkaitan perkhidmatan. Dengan antaramuka yang lebih ringkas, terkini dan mobile friendly, Gerbang Warga berupaya memberi informasi berkaitan fungsi setiap sistem serta memudahkan pengguna apabila semua aplikasi SMU disusun mengikut kategori dan urutan proses kerja yang akan memudahkan staf dan pelajar membuat carian.
Pengguna dapat memanfaatkan paparan dashboard peribadi yang disediakan dengan memilih keutamaan proses yang sering digunakan dan menyesuaikan paparan mengikut keselesaan masing-masing.
155
     UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA





























































































   155   156   157   158   159