Page 39 - Annual Report UKM 2019
P. 39

 UKM Di Persada Dunia
Berbanding tahun-tahun sebelumnya, usaha proaktif dilakukan bagi meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa peringkat prasiswazah dan pascasiswazah dengan menggembleng tenaga pelbagai pihak seperti mengadakan promosi dalam dan luar negara, menawarkan yuran yang kompetitif dan pelbagai kemudahan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.
Pada 2018, bilangan pelajar antarabangsa adalah seramai 2,202 orang yang terdiri daripada Doktor Falsafah – 1,053 orang, Doktor Kepakaran – 17 orang, Sarjana – 625 orang dan Sarjana Muda – 507 orang dari 58 negara.
Sepanjang 2018 juga, seramai 1,606 pelajar telah menjalankan program mobiliti berkredit dan tidak berkredit ke 29 buah negara termasuk United Kingdom, Jerman, Belanda, Itali, Jordan, Korea, Jepun, Indonesia, China dan
Turki. Majoriti pelajar cenderung untuk mengadakan aktiviti di Asia disebabkan kos program yang lebih rendah, contohnya berbanding kos aktiviti di Amerika atau Eropah. Bilangan pelajar yang akan menjalani aktiviti mobiliti di luar negara dijangka meningkat 20% pada 2019. Peningkatan ini ekoran daripada kemampuan mahasiswa mendapatkan penajaan dan kerjasama strategik daripada pelbagai pihak berkepentingan contohnya agensi kerajaan termasuk Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia, ASEAN International Mobility for Students, Global Korea Scholarship dan Singapore Pte. Ltd. Peningkatan ini menunjukkan bahawa pelajar UKM kompeten dan berdaya inovasi dalam menyelesaikan amanah yang digalas selain membina jaringan dengan pelbagai pihak berkepentingan di persada dunia.
037
 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA




























































































   37   38   39   40   41