Page 61 - Annual Report UKM 2019
P. 61
SUMBANGAN ALUMNI KEPADA UKM
UKM amat mengalu-alukan sumbangan alumni terutamanya untuk manfaat pelajar dan pembangunan Universiti. Alumni UKM kembali ke kampus dan memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk seperti kewangan, kepakaran dan khidmat nasihat. Bagi tahun 2018, alumni telah menyumbang sebanyak RM354,128.00. Sumbangan ini telah disalurkan kepada program-program yang memberi manfaat secara langsung kepada pelajar seperti Program Makanan Percuma, penajaan peralatan, perkakas, kelengkapan, perabot dan hadiah kecemerlangan pelajar.
SUMBANGAN TENAGA KEPAKARAN ALUMNI KEPADA PELAJAR
Program Bicara Alumni adalah program anjuran ALUMNI-UKM, fakulti dan kolej penginapan yang diadakan secara berkala. Program ini merupakan medium terbaik untuk para alumni kembali ke alma mater, berinteraksi dengan pelajar dan seterusnya berkongsi pengalaman, memberi motivasi dan aspirasi bagi menggalakkan para pelajar. Sebanyak 12 Bicara Alumni telah diadakan pada tahun 2018 seperti berikut:
Encik Ramanathan Sathiamutty (Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 1988), Ketua Pegawai Transformasi, Celcom Axiata Berhad
Dato’ Haji Nazri Haji Mustafa (FUU 1992), pemilik Tetuan Nazri Azmi Islinda.
Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif
(FTSM 1999), Cyber Security Malaysia.
Dato’ CM Vignaesvaran Jeyandran (Fakulti Ekonomi Pengurusan 1997), Ketua Eksekutif, Pembangunan Sumber Manusia Berhad.
Encik Faiz Bin Mohammad Noor, Kapten Pasukan Kriket Malaysia
(FPEND 2014)
Tuan Hj. Annas Ahmad (Fakulti Undang-Undang 1996), Ketua Pegawai Eksekutif di My-Sutera Sdn Bhd (Canggih).
Dr. Norazlinda Mohamed Rosdi (FSSK 2005), Pengetua Kolej Kediaman, Universiti Malaysia Kelantan (Kampus Bachok).
Tuan Yusry Yusoff (Fakulti Undang- Undang 1994), Ketua Pegawai Eksekutif, Islamic Banking & Finance Institute Malaysia (IBFIM).
Prof. Datuk Dr. Che Muhaya Mohamad
(Fakulti Perubatan 1991), Doktor Pakar Mata dan Pakar Motivasi.
Encik Muhammad Ibrahim Othman (Fakulti Undang- Undang 2012), Rakan kongsi Chenta Concept, sebuah syarikat perancang perkahwinan.
Dr. Muhammad Razwan Ruslan (Fakulti Pergigian 2016), bertugas di Klinik
Pergigian Hospital Orang Asli Gombak dan Pengasas/ Pereka Fesyen dan Dr. Nursuriati Muhamad Zahari (Fakulti Pergigian 2004, pemilik Inspired Dental Clinic.
Encik Abdul Aziz Ramlee Sau (FST 2017), Penerima Anugerah Pelajaran Di Raja Majlis Konvokesyen ke 46 UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
059