Page 64 - Annual Report UKM 2019
P. 64

 062
PENYELIDIKAN DAN INOVASI BERIMPAK TINGGI
“ UKM sebagai Universiti Penyelidikan meneruskan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi berlandaskan geran-geran penyelidikan yang diterima daripada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan industri dari dalam dan luar negara.
DANA PENYELIDIKAN DAN INOVASI
Fokus penyelidikan dan inovasi menumpukan kepada tujuh Cabaran Perdana UKM dan usaha ini disokong dengan adanya infrastruktur dan kemudahan penyelidikan yang terkini. Selain pencapaian penerbitan, pemfailan harta intelek dan pengkomersialan, hasil penyelidikan juga dimanfaatkan oleh komuniti atau industri dalam menyelesaikan masalah semasa. Ini sejajar dengan hasrat Menteri Pendidikan Malaysia menjadikan tahun 2018 sebagai tahun penyelidikan ke arah menyelesaikan masalah masyarakat. UKM menterjemahkan hasrat ini melalui Cabaran Perdana UKM dan Penyelidikan B40 yang diterajui UKM melalui kerjasama MRUN. Kebitaraan UKM dalam penyelidikan dan inovasi juga terserlah melalui pencapaian penyelidik UKM menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
    Sebanyak 1,314 projek penyelidikan telah diluluskan dengan peruntukan berjumlah RM69.6 juta. Terdapat lima (5) sumber utama peruntukan penyelidikan yang diterima.
1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
2 Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani
3 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (MESTEEC)
4 Dana Universiti Penyelidikan
5 Dana Dalaman UKM dan Dana Luar
  SUMBER UTAMA PERUNTUKAN PENYELIDIKAN
  LAPORAN TAHUNAN 2018
“




















































































   62   63   64   65   66