Page 73 - Annual Report UKM 2019
P. 73
MAKMAL UKM TERAKREDITASI
UKM berjaya mengekalkan akreditasi untuk sembilan (9) buah makmal UKM telah mendapat status akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia. Standard yang terlibat adalah Standard MS ISO IEC 17025:2017 dan MS ISO/ IEC 15189:2012. Standard MS ISO IEC 17025:2017 adalah untuk standard makmal pengujian manakala MS ISO/IEC 15189:2012 adalah untuk makmal perubatan.
Untuk tahun 2018, sebanyak sebuah makmal telah menjalani pensijilan semula dan berjaya memperbaharui sijil tersebut. Makmal ini adalah Pusat Penyelidikan dan Analisis Air (ALIR) untuk Standard MS ISO/IEC 17025:2017. Tiada penambahan skop dibuat untuk makmal tersebut.
MS ISO/IEC 17025:2017 adalah akreditasi makmal ujian dan kalibrasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Akreditasi ini diurustadbir oleh Jabatan Standards Malaysia. Makmal yang telah diakreditasikan adalah makmal yang telah diperakui kompeten melaksanakan ujian makmal dan kalibrasi. MS ISO/IEC 15189:2012 adalah akreditasi makma perubatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk ujian klinikal.
Senarai Penuh Makmal dan Skim Akreditasi
071
BIL
MAKMAL
SKOP
ORGANISASI PENSIJILAN
TARIKH ISU
TARIKH SAHLAKU
TARIKH MENDAPAT AKREDITASI
1
MAKMAL BIOSERASI, CRIM (No: SAMM 479)
MS 17025
Standards Malaysia
02.09.2016
19.10.2019
19.10.2010
2
UniPeQ
(No: SAMM 330)
MS 17025
Standards Malaysia
13.10.2016
03.05.2018
2005
3
THE MALAYSIAN COHORT, UMBI
(No: SAMM 537)
MS 15189
Standards Malaysia
24.07.2017
01.11.2020
01.11.2011
4
JABATAN PERKHIDMATAN MAKMAL DIAGNOSTIK, PPUKM
(No: SAMM 481)
MS 15189
Standards Malaysia
19.09.2016
08.11.2019
08.10.2010
5
UMBI
(No: SAMM 551)
MS 17025
Standards Malaysia
28.10.2017
20.010.2020
20.03.2012
6
MAKMAL PENCIRIAN STRUKTUR MOLEKUL, CRIM (No: SAMM 602)
MS 17025
Standards Malaysia
20.07.2016
23.07.2019
23.07.2014
7
PUSAT KEJURUTERAAN TISU, PPUKM (No: SAMM 683)
MS 17025
Standards Malaysia
08.12.2017
12.12.2020
12.12.2014
8
PUSAT PENYELIDIKAN DAN ANALISIS AIR (ALIR) (No. SAMM 717)
MS 17025
Standards Malaysia
02.07.2018
08.06.2021
08.06.2015
9
MAKMAL KIMIA ANALISIS, INSTITUT BIOLOGI SISTEM (No. SAMM 768)
MS 17025
Standards Malaysia
03.05.2016
03.06.2019
03.05.2016
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA