Page 94 - Annual Report UKM 2019
P. 94

 092
PENYELIDIKAN DAN INOVASI BERIMPAK TINGGI
Celcom Axiata Berhad menyumbangkan Sri Gumum Cyber Cube di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang digunakan oleh komuniti masyarakat orang Asli Tasik Chini. Selain itu, Celcom turut juga melancarkan Pribumi Mall, sebuah portal jualan dalam talian bagi memasarkan produk keluaran orang Asli selain menanam semula seribu pokok di kawasan PPTC UKM Rizab Biosfera UNESCO. Program adalah cetusan idea daripada jalinan strategik antara PPTC UKM dan Celcom sebagai satu progam khidmat masyarakat bagi kedua-dua organisasi untuk masyarakat orang Asli di Tasik Chini.
PPTC UKM dan Celcom telah menyediakan kemudahan capaian 4G yang menyeluruh dan dipercayai di kawasan Tasik Chini dalam mendigitalkan kawasan berkenaan. Kemudahan capaian 4G ini telah membantu penyelidik
          LAPORAN TAHUNAN 2018
UKM khususnya dalam pemonitoran kualiti air di tujuh stesen persampalena di sekitar Tasik Chini. Pusat ini juga bakal menyediakan kemudahan e-tuisyen dalam bidang STEM dalam kelas maya fardhu ain selain sebagai pusat Tranning of Trainers di kalangan masyarakat orang Asli dalam pendidikan secara talian oleh penyelidik di Hospital UKM (HUKM). Kemudahan yang dibangunkan ini dapat memperkasa masyarakat orang Asli bagi membangunkan produk mereka di pasaraya digital selain menyediakan pusat latihan bagi usahawan dalam talian. Usahasama antara Celcom dan UKM wajar diberi pujian kerana ia menjadi contoh kemampuan sebuah jalinan institusi pendidikan dan swasra melaksanakan agenda kesejahteraan masyarakat.
PAKAR PERUBATAN UKM PELOPORI RAWATAN ARTHRITIS LUTUT GUNA SEL STEM MESENKIMA
Pasukan pakar bedah ortopedik Hospital Canselor Tuanku



























































































   92   93   94   95   96