Page 1 - ebuletin mac kbs
P. 1
INDUSTRI SUKAN April bil 2/ 2019
eBULETIN
Industri Sukan ini bukan sahaja berkaitan dengan industri pembuatan produk sukan semata-mata tetapi
turut melibatkan pelbagai kompenen lain termasuklah dari segi perkhidmatan,perubatan,sains sukan, pelan-
congan dan lain-lain yang berteraskan atlet, masyarakat dan aktiviti sukan sendiri. Apabila negara bertambah
maju, elemen pelancongan,penjagaan kesihatan dan sains sukan mula mendapat tempat di persada perniag-
aan. Pertalian antara produk, pengeluar penyedia perkhidmatan dan pengguna dalam bidang pelancungan,
rekreasi dan sukan dilihat begitu saling mempengaruhi. Pada masa ini salah satu sub-sector yg kini mula
menonjolkan peranannya dlm menjana ekonomi negara adalah sukan. Promosi gaya hidup cergas dan sihat,
pendedahan kepada aktiviti sukan antarabangsa dan pertambahan bilangan generasi muda telah men-
imbulkan minat pelbagai pihak samaada pengeluar produk , penyedia perkhidmatan ataupun penguna untuk
saling memenuhi keperluan masing-masing. Kesemua kemajuan dan transformasi pelbagai aktiviti yg berkai-
tan dengan sukan akan mewujudkan aktiviti hiliran samaada sebagai pengeluar,penyedia khidmat atau pen-
gendali prasarana sukan kepada kumpulan belia untuk diterokai. Perkembangan ini, menjadikan industri
sukan sebagai peluang baru kepada kumpulan belia meningkatkan tahap ekonomi diri dan keluarga.