Page 5 - Sejarah Perundangan Islam (Edisi Baru)
P. 5

 Segala pujian bagi Allah SWT dan kesyukuran kepada-Nya Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW beserta ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.
Siri Buku Pengajian Islam ini disediakan untuk memenuhi keperluan umat Islam di nusantara yang berhasrat untuk mendalami dan menelaah buku-buku ilmu agama. Siri buku ini sesuai untuk para pelajar pelbagai institusi pengajian agama di peringkat diploma atau yang lebih tinggi seperti ijazah sarjana muda.
Penulisan siri buku ini mengambil kira konteks dan persekitaran masa kini dan mengajak para pembaca berfikir secara kritikal. Di samping itu nas-nas Al-Qur’an dan Hadis juga disertakan agar menjadi panduan teras serta mengukuhkan fakta dan hujah. Siri buku ini mengekalkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai utama di samping memastikan buku- buku ini sentiasa diminati dan mudah dihayati oleh para pembaca.
Usaha menyediakan siri buku ini penting agar terdapat penyegaran dan peningkatan dalam penerbitan bahan-bahan pendidikan agama. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan siri buku ini dan kami berdoa agar usaha semua yang terlibat dirahmati oleh Allah SWT. Kami juga amat mengalu- alukan maklum balas agar kami dapat melakukan pembaikan dan peningkatan pada edisi-edisi baru. Besar harapan kami agar mutu dan prestasi pendidikan agama dapat dipertingkat secara bertahap-tahap. Semoga Allah SWT meredai segala usaha murni kita.
Lembaga Pengarah Darul Andalus Pte Ltd
 v
Kata Pengantar




























































































   3   4   5   6   7