Page 36 - Demo
P. 36

Segalanya Untuk Asnaf
BERITA
SEMASA
YBIM hulurRM20,000
bantu OKU penglihatan
Covid-19 menyaksikan banyak negara terjejas selepas wabak dahsyat ini melanda China pada Disember tahun lalu. Malaysia juga tidak terkecuali apabila berdepan pelbagai cabaran dalam mendepani wabak koronavirus yang mengorbankan
Dato Hj Rosli( tiga dari kanan) menyerahkan replika cek bernilai RM20,000 kepada Silatul Rahim (tiga dari kiri) dan wakil YOBM dalam satu majlis ringkas di ibu pejabat YBIM di Putrajaya pada 28 September lalu.
Pberjuta-juta nyawa di seluruh dunia.
Prihatin dengan nasib golongan OKU penglihatan ini, Yayasan Budi Ihsan Malaysia baru-baru ini mem- beri sumbangan RM20,000 kepa- da Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) bagi meringankan pender- itaan mereka.
“Prihatin dengan nasib mereka, YBIM terpanggil untuk menghulur- kan bantuan dan meringan beban yang ditanggung golongan ini yang terjejas akibat wabak koro- navirus melalui YOBM,” kata Dato Hj Rosli.
erintah Kawalan Perge- rakan (PKP) yang dilak- sanakan pada 17 Mac lalu memberi banyak kesan kepada rakyat.
Ramai yang hilang pekerjaan ter- utama golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan yang bekerja sendiri dan bergantung 100 peratus menerusi pendapatan harian dengan menjadi juruurut, jurure eksologi, penghibur jalanan serta penjaja tisu terputus beka- lan makanan akibat hilang sumber pendapatan.
Dalam satu majlis ringkas di ibu Pejabat YBIM di Putrajaya pada 28 September lalu, Pengasas YBIM, Dato Hj Rosli Atan berkata YBIM mengalu-alukan kedatangan wakil YOBM untuk berkongsi maklumat serta menjalinkan ukhuwah dan kerjasama antara kedua-dua or- ganisasi.
Dato Hj Rosli menyerahkan cek berjumlah RM20,000 kepada Ket- ua Pegawai Eksekutif YOBM, Si- latul Rahim Dahman.
Harap bantuan JKM, NGO
“Kami difahamkan ramai mas- yarakat OKU khusus yang cacat penglihatanhilangpuncapendapa- tandantiadasumbermakananaki- bat pandemik Covid-19.
Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu YBOM me- ringankan beban ahlinya yang sedang ditimpa kesusahan dan terjejas akibat Covid-19.
Golongan ini terpaksa menerus- kan kelangsungan hidup dengan mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semata-mata.
KAMI MENGHARAPKAN SUMBANGAN DERMA ANDA. Pembaca yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Yayasan Budi Ihsan Malaysia (MAYBANK- 566010633490)
atau mengimbas kod QR yang disediakan.
Turut hadir dalam majlis berke- naan ialah Ketua Pegawai Ope- rasi, Hakimi Hassan dan Pegawai Media YBOM, Nuraimimah Mohd Yasin.
Suara Asnaf Okt 2020
36


































































































   34   35   36   37   38