Page 8 - Demo
P. 8
Segalanya Untuk Asnaf
“Sebagai ketua keluarga, saya perlu bekerja keras bagi memas- tikan semua keperluan pembela- jaran anak dapat dipenuhi. Setiap hari saya akan keluar dua kali un- tuk menoreh di ladang getah selu- as enam ekar tempat saya beker- ja. Saya akan keluar seawal jam 7 pagi selepas menghantar anak ke sekolah dan keluar menoreh sekali lagi pada jam 4 petang. Dengan menoreh dua kali sehari, dapat juga menambah pendapatan me- mandangkan hasil jualan getah se- kerap perlu dibahagi dua dengan pemilik kebun,” terang Zainal yang akan menjual hasil getah setiap dua minggu.
Ibu Nurashikin, Haslinda mengambil upah mengasuh bagi membantu meringankan beban kewangan suaminya.
Keluarga berkenaan yang ting- gal menyewa di Kampung Pintu Padang perlu menjelaskan sewa sebanyak RM120 sebulan dan su- dah tinggal di rumah itu lebih 15 tahun.
RM30 setiap kali cuti semester. “Saya tidak mahu tambahkan beban keluarga, jadi saya berusa- ha membuat kerja sambilan untuk menampung belanja pengajian. Saya sangat bersyukur kerana bekerja kantin sekolah sementara menunggu keputusan STPM, den- gan wang simpanan ketika bekerja itulah saya membuat persediaan selepas menerima tawaran bela- jar di UKM. Tambah melegakan apabila PTPTN memberikan wang pendahulan ketika mendaftar ma-
semakin baik, saya mendapat CGPA 3.33 untuk Semester 3, saya amat bersyukur dapat membeli komputer riba sendiri ketika Tinga- katan Enam dengan menggunakan wang pinjaman Amanah Ikhtiar. Saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah dalam masa yang ditetapkan tanpa perlu meminjam daripada rakan-rakan. Tinggal di kolej penginapan univer- siti juga memudahkan saya untuk menggunakan internet selain ada tempat untuk mencetak tugasan yang murah di kampus,” terangnya.
ashikin berkata beliau mahu beker- ja dalam bidang yang berkaitan dengan pengajiannya. Dia juga menyimpan harapan yang tinggi untuk menyenangkan kedua-dua ibu bapanya yang sudah bersusah payah untuk membesarkan mereka empat beradik.
“Kalau boleh saya mahu ibu bapa saya hidup senang, saya tidak mahu mereka hidup susah dalam usia tua kerana sudah puas hidup dalam serba kekurangan sebelum ini. Saya berdoa agar Allah mem- berikan saya peluang untuk mem- beri kesenangan kepada keluarga selepas tamat pengajian walaupun mungkin sumbangan saya tidak se- berapa, namun saya harap selepas saya bekerja mereka dapat hidup selesa dan kami dapat memiliki ru- mah sendiri satu hari nanti,” ujarnya mengakhiri perbualan.
Sebagai bapa beliau amat bang- ga apabila anak keduanya itu Ber- jaya menyambung pengajian di universiti. Beliau yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, sanggup menyewa sebuah kereta untuk menghantar Nur Ashikin Ber- sama ahli keluarga yang lain ketika pendaftaran di UKM.
Mahu keluarga miliki rumah
Jelas kelihatan di wajah Zai- nal beliau bangga dengan pen- capaian anak keduanya itu yang meraih keputusan cemerlang ke- tika peperiksaan Sijil Tinggi Pela- jaran Malaysia (STPM). Nurashikin meraih CGPA 3.92 ketika peperik- saan berkenaan.
suk.
“Alhamdulillah keputusan saya
Tak mahu tambah beban
Suara Asnaf berharap impian gadis ini menggenggam segulung ijazah akan menjadi kenyataan dan kejayaan yang bakal diraih itu akan menjadi titik tolak untuk men- gubah nasib keluarganya yang hidup dalam serba kekurangan sebelum ini.
Sementara itu Haslinda yang turut mengambil upah menga- suh untuk meringankan bebann kewangan suaminya berkata, anaknya itu sangat rajin melaku- kan kerja sambilan setiap kali cuti semester. Nurashikin yang mesra disapa Angah dalam kalangan ahli keluarganya kadang kala mengambil upah menjadi pelayan katering atau memasang dan membuka pelamin dengan upah
Apabila ditanya mengenai per- ancangan masa depannya, Nur-
KAMI MENGHARAPKAN SUMBANGAN DERMA ANDA. Pembaca yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Yayasan Budi Ihsan Malaysia (MAYBANK- 566010633490)
atau mengimbas kod QR yang disediakan.
Suara Asnaf Okt 2020 * Semua visual yang dipaparkan di dalam e-buletin ini telah mendapat kebenaran daripada setiap individu yang ditemuramah oleh wartawan Suara Asnaf
8