Page 70 - Laporan AKNC UiTM Pahang 2018
P. 70

   7.0 HASIL PENCAPAIAN
UiTMCPh merupakan kampus yang amat sinonim sebagai kampus Khazanah Alam kerana kepelbagaian flora dan fauna serta kehijauan hutan pembelajarannya yang berkeluasan 250 ekar. Ini menjadikan UiTMCPh sebagai kampus ideal untuk pembangunan pelajar dari segi pencapaian pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pencapaian luar bilik kuliah. Tahap pencapaian UiTMCPh dinilai berdasarkan kepada hasil daripada pelaksanaan strategik, tumpuan operasi, pelanggan dan tenaga kerja serta prestasi kewangan bermula tahun 2015 hingga 2017
7.1 Hasil Pelaksanaan Perancangan Strategik
Hasil Pelaksanaan Objektif dan Inisiatif Perancangan Strategik
UiTMCPh telah merancang pencapaian kampus berdasarkan kepada Perancangan Strategik RMK11 (2016 hingga 2020) yang bertemakan Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat. Pengurusan Kanan UiTMCPh dalam Bengkel Transformasi RMK-11 telah menetapkan objektif yang perlu dicapai iaitu penghasilan modal insan holistik, dinamik dan seimbang, pemantapan tadbir urus dan peningkatan kualiti perkhidmatan mesra pelanggan serta penyediaan prasarana berkualiti. Pencapaian objektif strategik UiTMCPh diukur melalui enrolmen pelajar, graduat dalam tempoh (GOT), Anugerah Naib Canselor (ANC), Anugerah Dekan (AD), penglibatan pelajar luar dalam program kesarjanaan, aktiviti kebudayaan dan keusahawanan.
i. Pelajar bergraduat
Sumber: HEA UiTMCPh
Rajah 7.1a: Jumlah Enrolmen Pelajar UiTMCPh (2015 – 2017)
Sumber: HEA UiTMCPh
Rajah 7.1b: Bilangan Pelajar bergraduat UiTMCPh (2015 – 2017)
HASIL PENCAPAIAN K7 - 1
   10000 5000 0
7983 7122
2016
SESI 2
8530
2017
6362 6593
2015
6766
 SESI 1
 2500 2000 1500 1000
500 0
1591
2015
2553 1253
2016 2017
Enrolmen pelajar di UiTMCPh terus meningkat dari tahun 2015 hingga 2017 dengan kewujudan kampus baru di Raub. Rajah 7.1a menunjukkan jumlah enrolmen pelajar bagi kampus UiTMCPh sepanjang tahun 2015 hingga 2017. Berikutan peningkatan jumlah enrolmen, bilangan pelajar bergraduat juga meningkat seperti yang ditunjukkan di Rajah 7.1b. Pertambahan ini adalah selari dengan peningkatan jumlah pelajar di dua kampus UiTMCPh.
 80% 60% 40% 20%
0%
58.64%
2015
73.30%
72.52%
2016 2017
ii. Pelajar GOT
Rajah 7.1c menunjukkan peratusan pelajar bergraduat dalam tempoh (GOT). Pada tahun 2017 jumlah pelajar GOT adalah sebanyak 72.52% berbanding jumlah enrolmen pada tahun 2016. Dasar Apresiasi telah berjaya meningkatkan kecemerlangan pelajar dan sekaligus menghampiri sasaran objektif kualiti UiTMCPh.
Sumber: HEA UiTMCPh
Rajah 7.1c: Peratusan Pelajar GOT UiTMCPh (2015 – 2017)
   



























































   68   69   70   71   72