Page 3 - FLIPBOOK ANGGOTA TUBUH BADAN SAYA
P. 3
PENGENALAN
Flipbook ini adalah memudahkan guru-guru prasekolah atau tadika untuk memperkenalkan anggota tubuh lelaki dan perempuan kepada murid-murid prasekolah berusia 5 tahun berdasarkan Kurikulum Prasekolah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semakan 2017. Standard pembelajaran yang difokuskan di dalam flipbook ini adalah FK 5.1.3 iaitu mengetahui anggota tubuh lelaki dan perempuan: (i) kepala – rambut, mata, telinga, hidung, mulut, bibir & gigi, (ii) badan – dada, bahu & punggung, (iii) tangan, (iv) kaki. Di samping memperkenalkan anggota badan, guru juga boleh menggunakan flipbook ini untuk memperkenalkan sentuhan selamat, sentuhan tidak selamat dan sentuhan tidak selesa kepada murid-murid.
1