Page 30 - Saujana Pujangga 2022
P. 30
2
2
8
8S
S
a
SAJAK
Ayuh ... Hidup Alam!
Nadhifah Ramadhani
JPJC
Wahai bintang wahai awan Bagaimanakah engkau tahan ditelan Dek karbon monoksida, nitrik oksida Aneka asap menguasai memenuhi udara
Maka sekolah neutral karbon dibina
Laluan hijau ulang alik pun ada
Banyak cara yang diusahakan
Namun sejauh manakah keberkesanannya?
Kenderaan elektrik semakin menawan Usaha bercucuk tanam juga digalakkan Pemerintah sudah berpesan
Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan
Kehijauan alam dititikberatkan
Setiap pelosok bermandikan tanaman Keindahan landskap tidak terlawan Memang sejuk mata memandang
Pelan Hijau Singapura
Satu langkah ke arah masa depan Dalam peralihan
Kepada perubahan mesra alam
Siapa?
Nur Shahriyah Fatin Binte Zixcon
JPJC
Yang tua
kopi dibancuh untuk dinikmati “Assalamualaikum” pabila ditegur hulurkan tangan untuk berjabat berita sahabat jadi pengubat
Yang muda
kerana hormat berjalan bongkok jangan sesekali menjadi bongkak jaga nada jangan teriak
muda bestari golongan layak
Si Hawa
tuangkan teh minum secawan duduk bersila bersopan santun pabila tertawa masih bersopan senyuman manis hati ditawan
Si Adam
ke laut hijau mencari rezeki
mata mengerling pada si Dara tenungan sayang sampai ke hati membicarakan hasrat sukar buatnya
Orang Melayu
orang yang bermaruah
adat resam
turun-temurun
bak kata laksamana Hang Tuah takkan Melayu hilang di dunia
Lapuk-lapuk diganti usang-usang dibaharui Jagalah dengan baik budi pekerti
Jangan sampai pupusnya tradisi
a
u
uj
ja
a
n
n
a
a
P
P
u
uj
j
a
an
n
g
gg
ga
a2
20
0
2
22
2