Page 22 - MBS010620
P. 22
Penasihat
En. Brendan Ravi Chandran a/l Krishnan
Yang DiPertua
Datuk Parameswaran a/l Ganason
Naib Yang DiPertua
En. Timmy Cheong Chee Wai
Setiausaha
Pn. Lizawati binti Mohd Khairy
Naib Setiausaha
Pn. Maria Anak Basan
Bendahari
Pn. Lau Huei Choo
Penolong Bendahari
En. V. Peragalathan a/l S. Velu
AJK Induk Ibu Bapa
En. Er Leng Kwant
En. Wong Tuck Wai
En. Vashdev Hari Chatumal Pn. Chong Pow Fong
Pn. Gusti Ayu Made Mudiasih
AJK Guru
Pn. Phua Siew Cheng
En. Yusny b. Yusuf
En. Mohd Hasbi b. Ramli
En. Ravi Varman a/l Krishnan Cik Eee Chai Ling
Cik Khairul Bariah Bt. Ismail Pn. Nur Rizan Bt. Hadi
Objektif Penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah untuk membantu pihak sekolah mencapai matlamat dalam bidang kokurikulum, pembinaan insan yang bermoral, berdisiplin, berketerampilan dan berinovatif di samping meningkatkan keselamatan sekolah. Memandangkan sistem pendidikan negara semakin mencabar, penglibatan secara langsung antara ibu bapa dengan pihak sekolah amat penting agar program pendidikan dapat dilaksanakan dengan sistematik dan terancang.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kecemerlangan pendidikan hanya dapat direalisasikan dengan wujudnya komitmen dan peranan yang dimainkan secara efektif oleh PIBG. Sehubungan dengan itu, PIBG MBSSKL mengadakan mesyuarat dalam kalangan AJK sekali dalam sebulan. Antara aktiviti dan sumbangan yang telah dan akan dilaksanakan oleh PIBG MBSSKL ialah:
1. Membiayai Program Perkembangan Staf dan Hari Guru.
2. Memberi perkhidmatan kepada sekolah mengikut kepakaran ibu bapa seperti
jururunding struktur bangunan, ceramah motivasi kepada guru dan pelajar,
pembantu guru dan sebagainya.
3. Menjadi keluarga angkat kepada pelajar-pelajar program pertukaran dari
Kolej Methodist Hong Kong.
4. Memberi sokongan dan bantuan kepada projek-projek yang dijalankan oleh
MBSSKL Alumni Association.
5. Menyumbangkan hadiah kepada guru-guru dan staf sokongan yang mencapai
kehadiran 100% serta yang berkhidmat di MBSSKL lebih daripada 10 tahun. 6. Menyumbang wang sagu hati kepada para guru yang bersara.
7. Menampung kos kerja-kerja penyelenggaraan MBSSKL.
8. Memberikan insentif kepada panitia mata pelajaran terbaik dan guru
kokurikulum terbaik dan guru yang mencapai KPI.
9. Memberi peruntukan bagi program kurikulum/kokurikulum yang dijalankan. 10. Menyumbangkan hadiah untuk:
a. pelajar-pelajar cemerlang PT3, SPM dan STPM.
b. pemenang-pemenang Kejohanan Sukan Tahunan sekolah.
c. pemenang-pemenang Sayembara Karyawan Muda dan ‘Lamb’s Challenge
Trophy’.
13. Menjalankan aktiviti pengumpulan barang-barang kitar semula. 14. Menjalankan ‘Sponsor A Child Programme’.
15. Menjalankan projek berasaskan pembelajaran yang bertajuk
‘Menghargai Jasa dan Pengorbanan Guru-Guru’.
PIBG MBSSKL telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan kebajikan dan kepentingan pelajar sentiasa dipelihara serta diberikan perhatian sewajarnya. Semoga sokongan dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dengan pihak sekolah akan menjamin kecemerlangan akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan pelajar.
Sekian, terima kasih.
Setiausaha
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
22
ADMINISTRATION