Page 28 - LKIMBULETIN2019
P. 28
Ini terbukti beliau turut serta bergotong royong bagi membersihkan jeti nelayan di Kuala Jerlun, Kedah. Tidak setakat itu, beliau juga bersama-sama membantu untuk membina bilik air baharu rumah salah seorang nelayan daif yang memerlukan.
Menurut beliau, segala tanggungjawab yang telah diamanahkan akan tetap menjadi tugas yang perlu dipikul tanpa keluh kesah maupun penat dan lelah. Yang pasti baginya, setiap kepincangan dan kelompongan yang ada harus di atasi dengan sebaik mungkin supaya ia tidak melarat dan merencatkan segala perancangan.
Selain itu turut diadakan penerangan mengenai ‘Fishing Site Identification System’ (FSI) oleh pegawai daripada Agensi Angkasa Negara.
Dalam program tersebut turut disampaikan sumbangan dana serta peralatan bagi kegunaan nelayan seperti pukat dan jaket keselamatan kepada nelayan Kuala Jerlun.
Gambar penuh Sila Imbas kod QR
PROGRAM KIBARKAN JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA BERSAMA NELAYAN DI KUALA JERLUN, KEDAH
Kedah
Tanggal 7 September 2019, LKIM Negeri Kedah telah menganjurkan Program Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Sambutan Hari Malaysia Bersama Nelayan di Kuala Jerlun, Kedah. Program ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Muhammad Faiz bin Fadzil, Pengerusi LKIM. Turut hadir bersama YM Raja Kahalid bin Raja Ariffin, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan).
Bagi memeriahkan program ini, terdapat beberapa aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung. Antaranya ialah aktiviti gotong-royong membersihkan Jeti, Pasar Nelayan dan sungai, baikpulih rumah nelayan dan perarakan bot nelayan sebanyak 100 buah. Selain itu, acara sukaneka bagi golongan dewasa dan kanak-kanak turut diadakan. Tidak ketinggalan juga pertandingan memasak ikan QFISH.
YB Pengerusi LKIM turut bersama para nelayan di Kuala Jerlun, Kedah memeriahkan aktiviti yang diaturkan. Walaupun beliau begitu sibuk dengan pelbagai tugas dan komitmen yang perlu dilaksanakan, ia tidak menghalang beliau untuk turun padang bersama-sama golongan nelayan.
25 BULETIN LKIM 2019 I EDISI MEI - DISEMBER 2019