Page 21 - Demo
P. 21
UITM RAIH KEMENANGAN dI
31st ARCHITECTURAL sTUdENT WORKsHOP
Teks oleh : Laily Wahida Binti Zaidy Sumber foto : Internet
Fakulti Seni Bina Perancangan & Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Puncak Alam telah diwakili seramai lebih 100 orang pelajar jurusan Sarjana Muda Sains Seni Bina untuk menyertai pertandingan dan juga memberi sokongan di 31st Architectural Workshop yang berlangsung di Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL). Program tahunan ini telah disertai oleh mahasiswa jurusan Seni Bina dari institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia serta beberapa dari negara-negara Asia seperti Indonesia, Filipina dan Singapura.
Salah satu acara yang diadakan ialah pertandingan berasaskan fiksyen iaitu Pertandingan Rekaan Kota Nyala. Ia menguji peserta untuk menghasilkan reka bentuk rumah bagi masyarakat tertentu. Dua orang pelajar semester 5 yang mewakili UiTM iaitu Hazwan Husain dan Syaza Harzani Ezumi Harzani telah meraih kemenangan atas hasil karya reka bentuk yang dinamakan KAHF.
KAHF ialah bayangan sebuah reka bentuk futuristik rumah orang melayu di dalam Gua Nova yang berkonsepkan pertahanan dan reformasi masyarakat melayu. ‘’Kami perlu menjadi lebih inovatif dan tidak hanya mengambil idea yang sudah biasa didapati”, kata mereka. Ketika dalam proses menghasilkan rekaan, mereka mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada
pelajar senior dan ia membuahkan hasil iaitu kemenangan dalam pertandingan
tersebut.
Selain menumpukan perhatian dalam
penghasilan KAHF, mereka bersama rakan seperjuangan yang lain juga terlibat dalam aktiviti membuat prop untuk bengkel yang diadakan. Hazwan dan Syaza mendapat sokongan yang jitu daripada para mahasiswa jurusan Seni Bina UiTM kampus Puncak Alam dari permulaan sehingga ke
penamat.
PRINTECH MAGAZINE