Page 32 - Demo
P. 32

 RAYA 2020 LARANGAN PULANG KE KAMPUNG
Teks oleh : Nur Aqila Binti Md Ayob. Sumber foto : Internet.
Perkara yang paling memilukan hati kebanyakan rakyat Malaysia apabila mereka tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti tahun sebelumnya. Tetapi di dalam kepiluan ini tersembunyi kebaikannya. Langkah pencegahan yang dikuatkuasakan ini bermatlamat membanteras isu Covid-19 yang merupakan penyakit berjangkit. Menurut palar, Prof, Dr Adeeba Kamarulzaman tindakan untuk pulang ke kampung atau pergerakan merentas negeri adalah sangat ditegah kerana dipercayai akan menjadi punca utama yang menyumbang dalam menggagalkan usaha Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. Usaha yang diambil ini bertujuan untuk membendung penularan Covid-19 yang boleh mengancam pembangunan negara seterusnya keselamatan rakyat.
“Kekal dimana sahaja anda berada” merupakan kata-kata yang tidak pernah lekang disebut oleh perdana mentari Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin bertujuan untuk sentiasa memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya peka dan tidak mengambil mudah tentang perkara ini. Tujuan utama arahan ini dikuatkuasakan adalah untuk menghadkan pergerakan dalam kalangan orang ramai bagi meminimumkan penyebaran virus Covid-19. Kawalan pergerakan bukan sahaja melibatkan kalangan masyarakat tetapi turut membabitkan skop yang lebih luas iaitu penutupan sekolah-sekolah dan pusat pengajian kerajaan dan swasta yang berada di seluruh Malaysia.
Semakin hampir menjelang Hari Raya Aidilfitri semakan membuak-buak perasaan untuk pulang ke kampung. Jadi, kerajaan mengambil inisiatif untuk membanteras hal ini dengan melakukan sekatan jalan raya di tol-tol yang merupakan pintu masuk neg- eri supaya orang awam tidak sewenang-wenangn- ya melanggar perintah yang ditetapkan. Diharapkan segala usaha yang diambil oleh kerajaan akan mem- buahkan hasil dibantu oleh kepatuhan rakyatMalay- sia. Semoga Malaysia dapat menghapuskan penu- laran virus Covid-19 dan kembali seperti sedia kala.
PRINTECH MAGAZINE
GAP 29 E




























































































   30   31   32   33   34