Page 37 - Demo
P. 37

 dan GrabPay. Beberapa senarai e-Wallet yang berada di Malaysia antaranya, Boost, GrabPay, Wechat Pay, Touch nGo Wallet, Big Pay, PayPal, VCash, Ipay88, Setel, UOB mighty dan MPay.
Selain itu, e-wallet mempunyai banyak kemudahan semasa membuat pembelian barangan online dan juga membuat pesanan makanan secara online di musim (PKP) ini amat di galakkan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan jangkitan virus COVID-19 ini walaupun semasa berada di rumah. Oleh itu, terdapat beberapa info mengenai e-wallet bagi menggalakkan lagi penggunaan ini secara terus
di Malaysia walaupun setelah tamatnya musim Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) kerana banyak manfaat dalam mempraktikkan e-wallet kerana penggunaan e-Wallet ini antaranya dapat melakukan pembayaran atau trasaksi bagi produk dan Perkhidmatan yang mereka gunakan secara atas talian dengan menggunakan duit elektronik(e-money). Di antara kelebihan yang di perolehi menggunakan e-Wallet ini adalah dapat menjejak perbelanjaan kerana setiap perbelanjaan yang dilakukan menggunakan e-Wallet akan direkodkan serta dapat membantu mengawal perbelanjaan bulanan kita.
PEsANAN UNTUK HARI YANG MALANG COVId-19
Teks oleh : Nazlia Binti Muhamad Nazri
Dunia ini tiada akan lengkap sekiranya kita tidak berkongsi cabaran yang menanti kita pada masa hadapan . Ini adalah kritikal kerana cabaran dekad ini dan yang akan datang tidak akan sama dengan cabaran yang telah kita hadapi sebelum ini. Malahan cabaran ini amat berbeza dan agar membebankan orang ramai semua orang terkejut. Sebelum ianya terjadi tiada seorang pun rakyat Malaysia terfikir atau sedar akan ancaman ini. Negara kita yang berdaya maju telah berkembang dan setanding dengan negara-negara besar, jadi kita dalam suasana yang meriah dan menggembirakan, kompleks membeli-belah sentiasa penuh, bangunan percakar langit naik bagaikan cendawan, lebuh raya baru dibina,eksport negara berkembang, malahan kita semua mengharapakan masa depan yang lebih cerah.
Sudah tentu tidak orang yang pernah mengalami, melihat atau mendengar tentang krisis yang berlaku negara dunia ketika ini. Malahan sehingga ianya berlaku istilah ini tidak pernah wujud! Malangnya ia telah berlaku dan meninggalkan jejak kehancuran semasa kemunculanya ramai orang kehilangan pekerjaan kerana syarikat-syarikat terpaksa mengecilkan saiz operasi, malahan ada terus gulung tikar. Indeks komposit BSKL menjunam kepada paras 262 mata satu tahap yang tidak pernah berlaku dalam tempoh 10 tahun. Nilai mata wang jatuh daripada kadar RM 2.50 kepada RM 4.80. Ribuan hartanah dan kenderaan
telah ditarik balik oleh bank dan dilelong.Industri pembinaan mengecil dalam kadar 20 peratus dan meninggalkan banyak bangunan yang terbengkalai. Inilah yang bakal berlaku pada masa hadapan.
Cabaran-cabaran ini memang menakutkan terutamanya cabaran keruntuhan, sistem kawalan akan membawa banyak gelora. Walaupun kehidupan akan berterusan, tetapi kita juga akan berhadapan dengan gangguan, kekeliruan, hura- hara dan perubahan yang ketara. Dalam erti kata lain, kehidupan waktu ini akan menjadi amat berbeza. Memang mudah bagi kita semua untuk menyisihkan semua cerita yang dianggap karut, tidak masuk akal atau menakutkan inni. Cerita ini mungkin akan menimbulkan rasa pelik bagi sesetengah orang kerana mereka tidak pernah melihat atau mengalaminya sebelum ini. Malahan tiada siapa, termasuklah ibubapa, datuk,nenek, orang tua dan guru-guruyang pernah melihat dan mengalaminya. Sekiranya kita melihat fenomena di dunia ini akan tahu situasi dan keadaan persekitaran akan berubah. Empayer baru akan muncul dan bersamanya peraturan dan cara hidup baru. Jadi kita bolehlah beranggapan yang sistem baru akan diwujudkan.
Semasa perubahan berlaku kebanyakan perkara yang kita anggap ‘normal’ akan menjadi ‘tidak normal’ dan begitu juga sebaliknya. Malahan akan ada juga waktu-waktu luara biasa dimana peraturan biasa sudah tidak lagi terpakai. Amat sukar, bagi kita kebanyakan rakyat Malaysia untuk menggambarkan keadaan dunia yang tunggang terbalik. Namun
GAP 34 E
PRINTECH MAGAZINE























































































   35   36   37   38   39