Page 83 - Tinta Aksara 2021
P. 83
Ain melepaskan tangannya daripada genggamanku. Aku hairan. Mengapakah anak yang satu ini bersikap begitu dingin terhadap aku? Tidak pandang aku langsung. Aku memandang raut wajahnya yang asyik masam mencuka sejak aku datang menjemputnya dari rumah anak yatim.
“Ain, mari ikut Mama pulang. Mama dah masak lauk kegemaran Ain di rumah - ayam lemak cili padi. Pasti Ain suka, kan? Jom, kita pulang!” aku memujuk dengan lembut.
Ain mengerling ke arahku lalu melangkah ke arah kereta Honda lalu menghempaskan pintu kereta. Mungkin itulah caranya dia
memberontak. Aku membiarkan sahaja. Ain bukannya budak-budak lagi. Dia sudahpun menjangkau umur remaja. Kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah.
Aku teringat saat aku melihat gelagat Ain di rumah anak yatim. Aku memang berkenan dengannya. Harap-harap, satu hari nanti usahaku akan dapat menambat hatinya yang sukar mahu menerima seorang ibu dalam kehidupannya. Dengan harapan itulah, aku bertungkus-lumus berusaha agar Ain sudi menerima kasih sayangku yang tidak seberapa ini. Aku pasti Ain merindui belaian kasih sayang seorang ibu.
Penantianku
Rakinah Binte Shaik Mohamed Salim (403B) Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
81