Page 35 - SPANM Demo
P. 35

SPANM BIL. 7/ 2018 LAMPIRAN C: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN DI BAWAH AP 96 (a-c) MENGELUARKAN WANG UNTUK DIBAHAGI-BAHAGIKAN
2.1.4 Permohonan hendaklah dikemukakan selewat - lewatnya 14 hari sebelum wang tunai diagihkan.
2.1.5 AO meluluskan permohonan dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh permohonan/ dokumen lengkap diterima.
2.2 Tanggungjawab PTJ
2.2.1 Menyediakan Arahan Pembayaran (Rujuk MPK-AP 01: Proses Arahan
Pembayaran Tanpa Pesanan Kerajaan).
2.2.2 Arahan Pembayaran hanya boleh disediakan dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum tarikh tunai diagih-agihkan.
2.2.3 Kaedah bayaran adalah melalui Pindahan Dana Elektronik (EFT)/ Cek ke atas nama jawatan Ketua Jabatan. Bayaran melalui Pindahan Dana Elektronik (EFT) hendaklah dilakukan melalui Akaun Bank Transit AO.
2.2.4 Pastikan ruangan AP 96(a) ditandakan pada Arahan Pembayaran.
2.2.5 Mencatatkan nombor dan tarikh surat kelulusan AP 96(a) di perihal Arahan Pembayaran.
2.2.6 Mengemukakan Borang Maklumat EFT Arahan Pembayaran Di Bawah AP 96(a) di Lampiran C2 kepada AO setelah maklumat EFT/ Cek diperoleh.
2.2.7 Mengemukakan kepada AO tiga (3) salinan Borang AK52 – Kuasa Tetap berserta salinan Kad Pengenalan pegawai yang dibenarkan menunaikan bayaran di bank untuk pengesahan.
2.2.8 Memastikan pegawai yang bertanggungjawab untuk mengesahkan dan menunaikan bayaran di bank pada Borang AK52 – Kuasa Tetap dikemaskini sekiranya berlaku pertukaran pegawai.
2.3 Tanggungjawab Pejabat Perakaunan (AO)
2.3.1 Mengesahkan tiga (3) salinan Borang AK52 - Kuasa Tetap yang dikemukakan oleh PTJ seperti berikut:
(1) salinan pertama kepada bank;
(2) salinan kedua kepada PTJ; dan
(3) salinan ketiga disimpan di AO 32

















































































   33   34   35   36   37