Page 4 - SPANM Demo
P. 4

ANM(T) 81/10/6/10 (47)
SPANM BIL. 7/2018
 KERAJAAN MALAYSIA
SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BILANGAN 7 TAHUN 2018
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Ketua Jabatan Negeri
Semua Ketua Akauntan Kementerian
Semua Pengarah Negeri/ Cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Semua Akauntan Negeri/ Bendahari Negeri
TATACARA PENGURUSAN BAYARAN
1. TUJUAN
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada Kementerian/ Jabatan mengenai tatacara pengurusan bayaran Kerajaan Persekutuan selaras dengan pelaksanaan perakaunan akruan bagi memastikan pengurusan bayaran Kerajaan Persekutuan diperakaunkan dengan tepat dan betul dalam tempoh masa yang ditetapkan.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 138, Akauntan Negara Malaysia bertanggungjawab menentukan:
2.1.1 Pewujudan sistem perakaunan yang sepatutnya dengan kawalan dalaman yang mencukupi;
2.1.2 Pengawasan yang sesuai untuk mengelakkan kehilangan kerana penipuan atau kecuaian; dan
2.1.3 Pengeluaran apa-apa arahan yang perlu dari semasa ke semasa sebagai panduan.
1

















































































   2   3   4   5   6