Page 42 - buku panduan peraturan am pelajar PKT
P. 42
KESALAHAN - KESALAHAN YANG BOLEH MENGAKIBATKAN PENGGANTUNGAN
11
/ PEMBUANGAN PELAJAR DARI POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
11.1. Mencemarkan nama baik PKT, kakitangan atau pelajarnya sama ada di dalam atau
di luar kampus PKT dengan kelakuan, kata-kata atau tulisan menerusi apa jua
bentuk media cetak mahu pun elektronik.
11.2. Mengganggu atau menghalang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di PKT
11.3. Merosak (vandalisme) harta benda milik PKT, kerajaan, awam atau orang
perseorangan.
11.4. Mengganggu atau menghalang kakitangan atau pelajar PKT dari menjalankan
tugasnya yang sah.
11.5. Membuat, mengguna, mempamer, menampal dan memiliki panji-panji, poster,
lambang dan lain-lain untuk tujuan untuk menghasut pelajar lain melanggar tatatertib
di dalam atau di luar kampus.
11.6. Menerbit atau mengedar dokumen-dokumen di dalam atau di luar kampus dengan
tujuan untuk menghasut atau memburuk-burukkan PKT atau pihak lain.
11.7. Menjalankan perniagaan / perkhidmatan, kedai atau gerai di dalam kampus tanpa
kebenaran bertulis daripada pihak PKT.
11.8. Membuat kenyataan dalam bentuk lisan atau bertulis kepada pihak luar mengenai
PKT, kakitangan atau pelajarnya.
11.9. Membuat bantahan secara lisan atau bertulis mengenai sebarang keputusan pihak
PKT tanpa melalui saluran yang ditetapkan.
11.10.Terlibat dengan perjudian, pertaruhan atau loteri.
11.11.Meminum, mengedar, menyimpan, menyorok, atau membuat minuman keras /
bahan kimia yang memabukkan / mengkhayalkan.
11.12.Berkeadaan mabuk kerana meminum atau sesuatu bahan yang diambil untuk
memabukkan dan mengkhayalkan.
11.13.Menonton, memiliki, mendengar, menampal, mengedar, menyorok atau terlibat
dengan pertunjukkan bahan-bahan lucah .
11.14.Memberi atau menyebar maklumat palsu.
11.15.Mengingkari arahan sah pihak berkuasa tatatertib, pensyarah, pegawai, atau
kakitangan PKT yang diberi kuasa.
11.16.Memalsukan tandatangan atau cop rasmi pihak berkuasa PKT atau pihak lain yang
terlibat dengan PKT.
41