Page 11 - BUKU PANDUAN PERATURAN AM PELAJAR PKT
P. 11

5    SOKONGAN AKADEMIK




             I.   JABATAN HAL EHWAL PELAJAR.

          Pengenalan


          Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) PKT bertanggungjawab dalam kerja-kerja berkaitan dengan

          proses pengambilan pelajar seperti pemohonan, pendaftaran, menyimpan dan mengemaskini
          rekod  pelajar.  Jabatan  ini  juga  bertanggungjawab  memantau  disiplin  pelajar  di  samping

          memberi khidmat sokongan kepada pelajar dalam mendapatkan pinjaman atau biasiswa serta
          menguruskan  perlindungan  insuran  takaful  secara  berkelompok.  Setiap  tahun  JHEP  akan

          mengadakan Pilihanraya Kampus Majlis Perwakilan Pelajar bagi melantik dan menguruskan

          Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) iaitu satu badan organisasi tertinggi pelajar di setiap Institusi
          Pengajian Tinggi. Selain itu, JHEP juga ada menjalankan kaji selidik berkaitan Minggu Suai

          Kenal  (MSK)  dan  beberapa  perkhidmatan  lain  bagi  memastikan  kebajikan  pelajar  terjamin
          sepanjang tempoh berada di PKT.


          Visi


          Berazam Menjadi Jabatan Sokongan Yang Berkesan dalam Pengurusan Pendaftaran, Minggu
          Suai Kenal, Kebajikan dan Disiplin Pelajar



          Misi

          Melaksanakan proses pendaftaran pelajar baharu dan lama, melaksanakan Minggu Suai

           kenal (MSK), menguruskan kebajikan dan disiplin serta aktiviti  – aktiviti pelajar berlandaskan
          kepada piagam pelanggan.


            II.   UNIT PEPERIKSAAN

            Pengenalan

            Unit  Peperiksaan  merupakan  sebuah  Unit Sokongan Akademik yang  bertanggungjawab

            untuk  merancang,   mengurus  dan  melaksanakan  segala aktiviti  yang  berkaitan dengan
            penyelarasan   dan   mengendalikan    segala   urusan   yang   berkaitan    dengan  aktiviti-


            aktiviti   peperiksaan   dan  persijilan  serta  penilaian  pelajar  berpandukan   kepada  garis
            panduan  dan  peraturan  penilaian  yang  telah  ditetapkan  oleh  Bahagian  Pentaksiran &

            Persijilan, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dari semasa  ke semasa. Unit


            ini juga diamanahkan untuk memastikan segala aspek berkaitan dengan memberi panduan
            mengenai pembelajaran, penilaian,


                                                          10
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16