Page 42 - BUKU PANDUAN PERATURAN AM PELAJAR PKT
P. 42

KESALAHAN - KESALAHAN YANG BOLEH MENGAKIBATKAN PENGGANTUNGAN
           11
                / PEMBUANGAN PELAJAR DARI POLITEKNIK KUALA TERENGGANU


                11.1. Mencemarkan nama baik PKT, kakitangan atau pelajarnya sama ada di dalam atau
                      di  luar  kampus  PKT  dengan  kelakuan,  kata-kata  atau  tulisan  menerusi  apa  jua

                      bentuk media cetak mahu pun elektronik.
                11.2. Mengganggu atau menghalang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di PKT


                11.3. Merosak  (vandalisme)  harta  benda  milik  PKT,  kerajaan,  awam  atau  orang
                      perseorangan.

                11.4. Mengganggu  atau  menghalang  kakitangan  atau  pelajar  PKT  dari  menjalankan
                      tugasnya yang sah.
                11.5. Membuat,  mengguna,  mempamer,  menampal  dan  memiliki  panji-panji,  poster,

                      lambang dan lain-lain untuk tujuan untuk menghasut pelajar lain melanggar tatatertib

                      di dalam atau di luar kampus.
                11.6. Menerbit atau mengedar dokumen-dokumen di dalam atau di luar kampus dengan

                      tujuan untuk menghasut atau memburuk-burukkan PKT atau pihak lain.

                11.7. Menjalankan perniagaan / perkhidmatan, kedai atau gerai di dalam kampus tanpa
                      kebenaran bertulis daripada pihak PKT.


                11.8. Membuat kenyataan dalam bentuk lisan atau bertulis kepada pihak luar mengenai
                      PKT, kakitangan atau pelajarnya.


                11.9. Membuat bantahan secara lisan atau bertulis mengenai sebarang keputusan pihak
                      PKT tanpa melalui saluran yang ditetapkan.


               11.10.Terlibat dengan perjudian, pertaruhan atau loteri.

               11.11.Meminum,  mengedar,  menyimpan,  menyorok,  atau  membuat  minuman  keras  /
                      bahan kimia yang memabukkan / mengkhayalkan.

               11.12.Berkeadaan  mabuk  kerana  meminum  atau  sesuatu  bahan  yang  diambil  untuk

                      memabukkan dan mengkhayalkan.


               11.13.Menonton,  memiliki,  mendengar,  menampal,  mengedar,  menyorok  atau  terlibat
                      dengan pertunjukkan bahan-bahan lucah .


               11.14.Memberi atau menyebar maklumat palsu.

               11.15.Mengingkari  arahan  sah  pihak  berkuasa  tatatertib,  pensyarah,  pegawai,  atau
                      kakitangan PKT yang diberi kuasa.


               11.16.Memalsukan tandatangan atau cop rasmi pihak berkuasa PKT atau pihak lain yang
                      terlibat dengan PKT.







                                                          41
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47