Page 21 - SKM 6 TOPIK 1
P. 21
SKM 6
ALLAH MEMBENTUK UMATNYA
TOPIK 1 : BERTUMBUH DAN BERUBAH
Matlamat :
Menyedari bahawa kita kini sedang memasuki alam
kedewasaan
• Yesus sendiri turut mengalami pengalaman yang sama.
Yesus turut ingin membentuk identitiNya sendiri, sikap
berdikari serta sikap bertanggungjawab. Dia ingin
mengetahui siapakah diriNya serta apakah tujuan Dia
dihantar ke dunia ini.
• Yesus oleh kerana kerelaanNya untuk sentiasa
bertanya, mendengar, berbincang serta belajar
daripada orang lain, Dia bertumbuh dalam iman serta
pemahamanNya mengenai Allah. Ini membantu Yesus
untuk tumbuh sebagai seorang insan dan lebih
menyedari akan siapa diriNya yang sebenar, serta
misiNya ke dunia ini.