Page 3 - MAJALAH SRI JELASIN 2024
P. 3

LATAR BELAKANG SMK KOTA



                   Penduduk        Kampung         Kota     telah     menempa          sejarah      dengan

                   tertubuhnya  sebuah  sekolah  menengah  di  kampung  tersebut  pada
                   tahun  1965.  Sekolah  tersebut  dinamakan  Sekolah  Menengah

                   Kebangsaan Kota.
                                 Pada  mulanya  SMK  Kota  ini  menumpang  di  bangunan  SK
                   Kota,  tetapi  2  tahun  kemudian,  iaitu  pada  tahun  1968  dua  buah

                   bangunan  siap  dibina.  Bangunan  tersebut  ialah  Blok  A  dan  Blok
                   B.  Kemudian,  tahun  1980,  dua  buah  lagi  bangunan  siap  dibina

                   iaitu  Blok  C  dan  Blok  D.  Seterusnya,  pada  tahun  1991,  sebuah
                   bangunan  tiga  tingkat  pula  siap  dibina  untuk  menampung  jumlah

                   pelajar  yang  semakin  meningkat  dari  setahun  ke  setahun.  Kini,
                   SMK  Kota  mempunyai  14  buah  bangunan  termasuk  Blok  Makmal

                   Komputer.
                             Pada  peringkat  awal  penubuhannya,  SMK  Kota  terdiri  dari
                   dua  aliran,  iaitu  aliran  Melayu  dan  Inggeris.  Kumpulan  pelajarnya

                   pula  adalah  seramai  230  orang  sahaja,  yakni  daripada  pelajar
                   sekolah rendah di sekitarnya.

                           Pada  masa  ini,  SMK  Kota  mempunyai  1217  orang  pelajar  yang
                   terdiri  dari  Tingkatan  Satu  hingga  Tingkatan  Enam.  Kemudahan

                   prasarand  kelas  pula  adalah  sebanyak  58  kelas  dengan  tenaga
                   pengajarnya  seramai  122  orang.  Turut  membantu  organisasi  SMK

                   Kota ialah tenaga kakitangan bukan guru seramai 21 orang.






                                                                                                             1
   1   2   3   4   5   6   7   8